Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 20 UP.3.1.6 6. Pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib, tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah seperti berikut: Hukuman Tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat Amaran 12 bulan Denda 18 bulan Lucut Hak Emolumen 24 bulan Tangguh Pergerakan Gaji 30 bulan Turun Gaji 36 bulan Turun Pangkat 48 bulan 7. Tempoh kuat kuasa tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ialah mulai tarikh hukuman tatatertib dijatuhkan. Sekiranya terdapat rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib, tempoh kuat kuasa tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah mulai tarikh hukuman tatatertib dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib. 8. Bagi pegawai yang dikenakan lebih daripada satu hukuman tatatertib dalam satu pertuduhan tatatertib, tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah berdasarkan tempoh hukuman yang lebih berat. Contoh kes; pegawai dikenakan hukuman tatatertib amaran dan denda bagi satu pertuduhan yang sama, tempoh tidak layak dinaikkan pangkat adalah berdasarkan tempoh hukuman yang lebih berat iaitu tempoh 18 bulan bagi hukuman denda seperti di Lampiran UP.3.1.6 (A). 9. Bagi pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam satu kes tatatertib dan kemudian menerima hukuman tatatertib dalam satu kes tatatertib yang lain dalam tempoh hukuman yang lain masih berjalan, tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah mengikut tempoh keseluruhan hukuman berakhir. Contoh kes; pegawai dikenakan hukuman tatatertib amaran bagi kes pertama dan kemudiannya dikenakan hukuman tatatertib turun gaji bagi kes kedua, tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah mengikut tempoh keseluruhan hukuman berakhir seperti di Lampiran UP.3.1.6 (B). 10. Pekeliling Perkhidmatan ini adalah terpakai untuk urusan kenaikan pangkat yang dilaksanakan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat di bawah Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 1986 [P. U. (A) 151] dan Peraturan-Peraturan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy