Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 25 UP.3.1.7 11.1 Syarat Umum Kenaikan Pangkat Memenuhi syarat umum kenaikan pangkat yang berkuat kuasa iaitu: (a) telah disahkan dalam perkhidmatan; (b) diperaku oleh Ketua Jabatan; (c) mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa; (d) bebas daripada sebarang hukuman tatatertib; (e) lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); dan (f) bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan. 11.2 Penilaian Prestasi Memperoleh markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 80% bagi tiga (3) tahun terkini. 11.3 Penilaian Kecemerlangan (a) Memperoleh penilaian kecemerlangan di tahap BAIK atau CEMERLANG. Penilaian kecemerlangan adalah mengguna pakai Borang Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua seperti di Lampiran UP.3.1.7(B); dan (b) Penilaian kecemerlangan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum pegawai genap tempoh 13 tahun. Penilaian berkenaan perlu dilengkapkan oleh penyelia pegawai yang berada di gred lebih tinggi daripada gred pegawai yang dinilai, yang kemudiannya disahkan oleh Ketua Jabatan. Syarat Kekompetenan 12. Pegawai dalam skim perkhidmatan tertentu yang memperuntukkan syarat kemahiran khas/ lesen khas/ sijil kemahiran/ ujian kemahiran/ sijil kecekapan untuk kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi, dikecualikan daripada memenuhi syarat berkenaan. Pegawai yang dinaikkan pangkat secara TBK2 ini tidak boleh mengisi dan menjalankan tugas serta tidak layak diberi elaun yang memerlukan pegawai memiliki syarat kelayakan/ kemahiran berkaitan untuk menjalankan tugas di gred

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy