Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 29 UP.3.1.7 18. Bagi pegawai yang memperoleh penilaian kecemerlangan KURANG MEMUASKAN, keputusan hendaklah dimaklumkan kepada pegawai sebelum pertimbangan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat seperti format di Lembaran UP.3.1.7(B1). Pegawai boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Ketua Jabatan dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh keputusan disampaikan kepada pegawai. Pelantikan Panel Rayuan untuk menilai semula tahap kecemerlangan pegawai adalah mengikut kaedah yang sama bagi pertimbangan rayuan TBK1 seperti di perenggan 17, Lampiran A. Keputusan Panel Rayuan dinyatakan melalui Borang Penilaian Semula Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua seperti di Lembaran UP.3.1.7(B2). Tarikh kenaikan pangkat pegawai ditetapkan seperti berikut: 18.1 Pegawai Yang Berjaya Dalam Rayuan Tarikh kenaikan pangkat bagi pegawai yang berjaya dalam rayuan kenaikan pangkat TBK2 adalah sehari selepas genap tempoh 13 tahun. Contoh kaedah penetapan tarikh kenaikan pangkat adalah seperti berikut: Tarikh kenaikan pangkat ke Gred W22 : 10.01.2010 Tarikh genap 13 tahun : 09.01.2023 Markah keseluruhan LNPT bagi 3 tahun terkini (2020, 2021, 2022) Keputusan Penilaian Kecemerlangan Tarikh pegawai dimaklumkan keputusan Penilaian Kecemerlangan : : : 80% KURANG MEMUASKAN 30.11.2022 Pegawai membuat rayuan bagi penilaian semula kecemerlangan TBK2 Panel Rayuan bersidang Keputusan Panel Rayuan Tarikh dipertimbangkan oleh LKP Keputusan LKP : : : : 29.12.2022 25.01.2023 BAIK 27.02.2023 Berjaya Tarikh kenaikan pangkat W26 : 10.01.2023

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy