Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-11 mengisi kekosongan hakiki dalam urusan kenaikan pangkat ke gred seterusnya tertakluk kepada memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat. MEKANISME RAYUAN BAGI PEGAWAI YANG TIDAK MENCAPAI SEKURANG-KURANGNYA TAHAP BAIK DALAM BORANG PENILAIAN TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN 15. Bagi pegawai yang mencapai tahap KURANG MEMUASKAN dalam Borang Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama, keputusan hendaklah dimaklumkan kepada pegawai sebelum pertimbangan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat seperti format di Lampiran A2. 16. Sekiranya pegawai tidak berpuas hati dengan keputusan penilaian tersebut, pegawai boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Ketua Jabatan dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh keputusan disampaikan kepada pegawai. 17. Ketua Jabatan perlu melantik Panel Rayuan untuk menilai semula tahap kecemerlangan pegawai. Panel Rayuan ini hendaklah terdiri daripada: (a) Pengerusi; dan (b) dua (2) orang ahli yang tidak terlibat semasa penilaian asal dan berada di gred yang lebih tinggi daripada pegawai yang dipertimbangkan. 18. Bagi maksud perenggan 17(b), sekiranya Jabatan telah menubuhkan Majlis Bersama Jabatan (MBJ), salah seorang ahli Panel Rayuan hendaklah terdiri daripada wakil Pihak Pekerja dalam MBJ tersebut. 19. Dalam membuat penilaian semula, Panel Rayuan hendaklah mendapatkan ulasan daripada penyelia asal dan pegawai penilai lain yang lebih tinggi grednya daripada penyelia tersebut yang mempunyai hubungan kerja dengan pegawai yang dipertimbangkan. Kedua-dua ulasan ini hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tiada pegawai yang lebih tinggi grednya daripada Pegawai Penilai, ulasan Pegawai Penilai yang disahkan oleh Ketua Jabatan adalah memadai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy