Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 8 UP.3.1.2 DASAR BAHARU 5. Penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat telah ditambah baik mengikut kaedah baharu iaitu gaji akhir di gred terdahulu hendaklah ditambah dengan: (i) kadar kenaikan gaji tahunan di gred kenaikan pangkat1. Bagi kumpulan Pengurusan Tertinggi mengikut kadar yang ditetapkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang dikira daripada gaji minimum gred kenaikan pangkat.; atau (ii) kadar kenaikan gaji tahunan terakhir diterima di gred terdahulu2 mengikut mana yang lebih tinggi, mulai tarikh kenaikan pangkatnya. Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi mengikut kadar yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang dikira daripada gaji akhir pegawai (terhad kepada gaji maksimum). 6. Pelaksanaan penetapan gaji permulaan ini melibatkan pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya berkuat kuasa mulai 1 Mei 2017. PELAKSANAAN KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN KENAIKAN PANGKAT 7. Selaras dengan dasar baharu ini, gaji permulaan bagi seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah ditetapkan pada amaun gaji yang lebih tinggi daripada amaun gaji akhir di gred terdahulu seperti berikut: 7.1 gaji akhir di gred terdahulu hendaklah ditambah dengan: (i) kadar kenaikan gaji tahunan di gred kenaikan pangkat. Bagi ; atau (ii) kadar kenaikan gaji tahunan terakhir diterima di gred terdahulu, mengikut mana yang lebih tinggi, mulai tarikh kenaikan pangkatnya. 7.2 selepas penambahan gaji akhir di gred terdahulu di perenggan 6.1, sekiranya amaun gaji adalah lebih rendah daripada gaji minimum di gred kenaikan pangkat, maka gaji permulaan kenaikan pangkat pegawai hendaklah ditetapkan pada gaji minimum di gred kenaikan pangkat. 1 bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi mengikut kadar yang ditetapkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang dikira daripada gaji minimum gred kenaikan pangkat. 2 bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi mengikut kadar yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang dikira daripada gaji akhir pegawai (terhad kepada gaji maksimum).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy