Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-7 Jawatan Untuk Pemangkuan 15. Jawatan tetap yang boleh diisi bagi tujuan pemangkuan adalah seperti berikut: (a) jawatan yang diwujudkan sama ada melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) atau waran perjawatan; (b) jawatan yang kosong secara hakiki disebabkan oleh penyandangnya dinaikkan pangkat, ditukar tetap, bersara, meninggal dunia, meletak jawatan, dibuang kerja, ditamatkan perkhidmatan, dilantik ke skim perkhidmatan lain atau bertukar; (c) jawatan yang kosong secara operasi melebihi 6 bulan disebabkan penyandang dalam peminjaman, pertukaran sementara, pemangkuan, cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji; dan (d) jawatan yang skim perkhidmatan tidak mensyaratkan kekosongan seperti skim perkhidmatan Pegawai Penyelidik dan Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi. 16. Selain jawatan tetap, jawatan sementara boleh diisi bagi tujuan pemangkuan. Jawatan terbuka, jawatan simpanan latihan dan jawatan kumpulan tidak boleh digunakan untuk tujuan pemangkuan. Asas Perakuan Pemangkuan 17. Pertimbangan pemangkuan seseorang pegawai adalah berasaskan merit. Dalam mempertimbangkan merit seseorang pegawai untuk pemangkuan, Lembaga hendaklah mengambil kira: (a) kecekapan dan prestasi kerja pegawai; (b) kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai; (c) sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai; dan (d) kegiatan luar dan sumbangan pegawai kepada masyarakat dan negara.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy