Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-1 LAMPIRAN UP.3.1.3 KAEDAH PENGIRAAN ELAUN PEMANGKUAN (A) Sekiranya jumlah perbezaan antara gaji minimum jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai sama atau lebih daripada kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) di gred hakikinya, maka pegawai akan dibayar Elaun Pemangkuan sebanyak perbezaan tersebut. Contoh: 1. Pengiraan Elaun Pemangkuan Kumpulan Pengurusan Tertinggi Pegawai Perubatan Gred Utama A memangku Gred Utama Turus III a) Gaji hakiki Gred Utama A = RM8,465.66 b) Kadar KGT Gred Utama A = 9% X RM8,465.66 = RM761.91 c) Gaji minimum Turus III = RM9,315.17 d) Perbezaan (c) – (a) = RM9,315.17 – RM8,465.66 = RM849.51 (lebih daripada KGT Gred Utama A) e) Elaun Pemangkuan = Oleh kerana jumlah (d) lebih besar daripada jumlah (b), Elaun Pemangkuan adalah RM849.51 (perbezaan gaji minimum Turus III dengan gaji hakiki pegawai Gred Utama A)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy