Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-27 3.1. Peringkat Perancangan Di peringkat ini, tindakan yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut: (a) mengenal pasti jawatan yang telah dan akan kosong. Menyediakan maklumat lengkap mengenai kekosongan jawatan tersebut dari segi skim perkhidmatan dan gred jawatan, tarikh kekosongan, sebab kekosongan, tempat kekosongan dan syarat kenaikan pangkat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan jawatan berkenaan; (b) jika perlu, menetapkan kaedah penapisan calon dalam sesuatu urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat. Tujuan penapisan calon adalah untuk mendapat nisbah yang munasabah di antara bilangan jawatan kosong dengan bilangan calon yang hendak dipertimbangkan dalam sesuatu urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat. Antara kaedah- kaedah tapisan yang boleh digunakan ialah: (i) temu duga; (ii) Pusat Penilaian (Assesment Centre); (iii) tempoh perkhidmatan / kekananan; (iv) penilaian tahap kecekapan; (v) tahap markah penilaian prestasi; (vi) ujian / peperiksaan; (vii) kursus; dan (viii) kaedah lain mengikut kesesuaian perkhidmatan. (c) menetapkan kaedah pemberitahuan urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat yang hendak digunakan, iaitu sama ada urusan dilaksanakan melalui iklan atau tanpa iklan; dan (d) menyediakan jadual pelaksanaan urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat termasuk menetapkan tarikh, masa dan tempat mesyuarat Lembaga.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy