Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 28 UP.3.1.7 16. Pegawai yang tidak berjaya dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat TBK2 kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan seperti di perenggan 9, layak dipertimbangkan setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 17. Bagi pegawai yang tidak memenuhi syarat markah LNPT yang ditetapkan, pegawai layak dipertimbangkan semula pada tahun berikutnya berasaskan LNPT terkini. Tarikh kenaikan pangkat pegawai adalah pada 1 Januari tahun pegawai mencapai prestasi yang ditetapkan atau sehari selepas genap enam (6) bulan pegawai memenuhi tempoh perkhidmatan, mana yang terkemudian. Contoh kaedah penetapan tarikh kenaikan pangkat adalah seperti berikut: Tarikh kenaikan pangkat ke Gred N22 : 14.09.2005 Tarikh genap 13 tahun : 13.09.2018 Markah keseluruhan LNPT bagi 3 tahun terkini (2015, 2016, 2017) Tarikh dipertimbangkan oleh LKP Keputusan LKP : : : 75% 18.10.2018 Tidak berjaya kerana markah prestasi rendah. Markah keseluruhan LNPT 3 tahun terkini (2016, 2017, 2018) Dipertimbang semula oleh LKP Keputusan LKP : : : 79% 05.03.2019 Tidak berjaya kerana markah prestasi rendah. Markah keseluruhan LNPT 3 tahun terkini (2017, 2018, 2019) Dipertimbang semula oleh LKP Keputusan LKP : : : 80% 17.02.2020 Berjaya Tarikh pegawai mencapai prestasi baik : 01.01.2019* Tarikh 6 bulan selepas genap 13 tahun : 14.03.2019* Tarikh kenaikan pangkat N26 : 14.03.2019 * mana yang terkemudian

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy