Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 33 UP.3.1.7 SKOP TUGAS TAMBAHAN 28. Selaras dengan laluan kenaikan pangkat time-based berasaskan kecemerlangan, Ketua Jabatan hendaklah menyediakan skop tugas tambahan yang bersesuaian dengan gred dan skim perkhidmatan pegawai bagi memastikan pegawai yang dinaikkan pangkat time-based berasaskan kecemerlangan melaksanakan tugas tambahan bersesuaian dengan gred kenaikan pangkat yang diperolehi. PEMBATALAN 29. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2017: Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 30. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy