Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 31 UP.3.1.7 Tarikh kenaikan pangkat E26 : 10.07.2023 [sehari selepas genap enam (6) bulan pegawai memenuhi tempoh berkhidmat selama 13 tahun] 19. Bagi pegawai yang tidak memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan selain syarat markah LNPT dan penilaian kecemerlangan, pegawai layak dipertimbangkan semula selepas memenuhi syarat yang berkenaan. Tarikh kenaikan pangkat adalah pada tarikh terakhir pegawai memenuhi syarat yang berkenaan. 20. Carta alir bagi urusan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan adalah seperti di Lampiran UP.3.1.7(C). Pelaksanaan Urusan Pemangkuan/ Kenaikan Pangkat 21. Pegawai yang sedang memangku secara hakiki di gred kenaikan pangkat lapisan kedua dan telah memenuhi tempoh perkhidmatan 13 tahun, urusan kenaikan pangkat boleh dibuat segera tanpa perlu memenuhi syarat tempoh pemangkuan. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat adalah pada tarikh pemangkuan tertakluk pegawai memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan. 22. Pegawai yang dinaikkan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan hendaklah dipertimbangkan bersama dengan pegawai yang dinaikkan pangkat mengisi kekosongan hakiki dalam urusan kenaikan pangkat ke gred seterusnya tertakluk kepada memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy