Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 37 UP.3.1.8 (c) PYD yang diselia oleh lebih daripada seorang PP dalam tempoh masa yang berbeza-beza dan tidak ada pegawai kanan lain yang layak membuat penilaian, maka PP yang paling lama tempoh penyeliaannya boleh membuat penilaian; dan (d) sekiranya tiada PP yang layak menilai kerana tempoh penyeliaan kurang dari enam (6) bulan, maka penilaian hendaklah dibuat oleh pegawai penyelia yang lebih tinggi jawatannya dan mempunyai hubungan kerja dengan PYD. Tanggungjawab Pegawai Yang Dinilai Dan Ketua Jabatan 7. LNPK perlu disediakan oleh PYD apabila diarahkan. PYD perlu melengkapkan borang dan mengemukakan kepada PP untuk dibuat penilaian. Borang LNPK yang telah dibuat penilaian perlu dikemukakan kepada pihak yang memerlukannya mengikut tempoh yang ditetapkan dan dibuat salinan mengikut keperluan untuk tujuan rekod. 8. Bagi memastikan kaedah pengendalian dan penilaian prestasi ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, Ketua Jabatan hendaklah memastikan perkara yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya sama ada dalam bentuk manual atau elektronik. PEMBATALAN 9. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009: Borang Laporan Penilaian Prestasi Khas Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 10. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya adalah dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy