Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 17 CERAIAN UP.3.1.5 PELAKSANAAN PENAMATAN PEMANGKUAN BAGI PEGAWAI YANG SEDANG MEMANGKU YANG DIKENAKAN HUKUMAN TATATERTIB TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memaklumkan pelaksanaan penamatan pemangkuan bagi pegawai yang sedang memangku yang dikenakan hukuman tatatertib LATAR BELAKANG 2. Berdasarkan peraturan sedia ada, tiada ketetapan dasar yang khusus berkenaan status pemangkuan bagi pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh pemangkuan. Oleh yang demikian, bagi memastikan keteraturan dan keseragaman pelaksanaan, satu ketetapan telah dibuat melalui Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam. PELAKSANAAN 3. Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Bil. 5 Tahun 2013 pada 17 Julai 2013 telah memutuskan bahawa pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh pemangkuan hendaklah ditamatkan pemangkuan berkuat kuasa mulai tarikh hukuman dikenakan. Oleh yang demikian, dalam surat arahan penempatan pemangkuan kepada pegawai, perlu dimasukkan klausa seperti berikut: “Tuan juga akan ditamatkan pemangkuan jika dikenakan hukuman tatatertib dan penamatan pemangkuan ini berkuat kuasa mulai tarikh hukuman tatatertib tersebut” Contoh surat arahan penempatan pemangkuan adalah seperti di Lampiran UP.3.1.5 (A). 4. Sekiranya pegawai yang sedang memangku telah dijatuhkan hukuman tatatertib, Ketua Jabatan hendaklah mengeluarkan notis pemberitahuan penamatan pemangkuan kepada pegawai dan disalinkan kepada Urus Setia Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan dalam tempoh tujuh (7) hari bagi tujuan pemakluman kepada

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy