Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-15 Syarat-Syarat Kenaikan Pangkat 48. Syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan adalah seperti berikut: (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) melepasi penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; (d) diperaku oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan; (e) bebas daripada hukuman tatatertib; (f) telah mengisytiharkan harta; (g) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); (h) bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan; dan (i) syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga. Pegawai Yang Layak Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat 49. Pegawai yang telah memenuhi syarat di perenggan 48 layak dipertimbangkan kenaikan pangkat termasuk pegawai berikut: (a) pegawai dalam peminjaman atau pertukaran sementara; (b) pegawai sedang bercuti belajar bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji; (c) pegawai yang ditohmah tetapi tidak dapat dibuktikan; (d) pegawai yang sedang dalam prosiding tatatertib. Walau bagaimanapun, kes pegawai hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga; dan (e) pegawai yang telah memangku (jika disyaratkan oleh Lembaga) termasuk pegawai yang telah bersara atau meninggal dunia. Pegawai Yang Tidak Layak Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat 50. Pegawai berikut adalah tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat : (a) pegawai tidak memenuhi syarat di perenggan 48; (b) pegawai bukan lantikan tetap;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy