Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 15 CERAIAN UP.3.1.4 TEMPOH MINIMUM PEMANGKUAN SEBELUM DIPERTIMBANGKAN KENAIKAN PANGKAT TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memaklumkan tempoh minimum pemangkuan sebelum dipertimbangkan kenaikan pangkat. LATAR BELAKANG 2. Kenaikan pangkat merupakan satu pengiktirafan terhadap keupayaan pegawai melaksanakan tugas dengan cemerlang. Kenaikan pangkat juga mengambil kira kualiti pegawai yang merangkumi kepimpinan, personalitI, tata kelakuan dan peribadi seseorang penjawat awam. 3. Bagi tujuan kenaikan pangkat, pegawai perlu melalui proses pemangkuan yang bertujuan untuk menilai keupayaan pegawai melaksanakan tugas dan tanggungjawab di gred jawatan yang lebih tinggi. Prestasi semasa pemangkuan dijadikan asas utama oleh Lembaga Kenaikan Pangkat dalam mempertimbangkan kenaikan pangkat seseorang pegawai. PELAKSANAAN 4. Mengambil kira kepentingan pemangkuan bagi urusan kenaikan pangkat, maka penilaian ke atas prestasi pemangkuan pegawai perlulah dilakukan dengan teliti, objektif dan menyeluruh. Selaras dengan itu, Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Bilangan 4 Tahun 2013 pada 10 Mei 2013 telah memutuskan bahawa tempoh minimum pemangkuan untuk pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memangku mulai 10 Mei 2013 adalah selama satu (1) tahun bagi membolehkan penilaian dilakukan dengan teliti, objektif dan menyeluruh. 5. Bagi pegawai Gred Utama dan Gred Khas, tempoh minimum pemangkuan adalah selama satu (1) tahun seperti yang telah ditetapkan dalam surat JPA(S)134/1/4 Klt.8 (77) bertarikh 12 September 2012. Tempoh pemangkuan bagi Kumpulan Pelaksana masih kekal selama (6) bulan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy