Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-2 PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK 2. Pegawai yang tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat TBK1 adalah seperti berikut: 2.1 pegawai dalam skim perkhidmatan tertentu yang diperuntukkan tempoh time-based berbeza. Contoh: (a) Kumpulan Pelaksana bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Pegawai Penjara; (b) Konstabel dan Lans Koperal dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia; dan (c) Prebet dan Lans Koperal dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. 2.2 pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2013. SYARAT KENAIKAN PANGKAT TBK1 Syarat Umum Kenaikan Pangkat 3. Pegawai hendaklah memenuhi syarat umum kenaikan pangkat yang berkuat kuasa iaitu: (a) telah disahkan dalam perkhidmatan; (b) diperaku oleh Ketua Jabatan; (c) mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa; (d) bebas daripada sebarang hukuman tatatertib; (e) lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); dan (f) bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy