Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-30 3.2.2 Penyediaan Kertas Cadangan Pemangkuan / Kenaikan Pangkat Tindakan yang perlu dilakukan di peringkat penyediaan kertas cadangan pemangkuan atau kenaikan pangkat adalah seperti berikut: (a) Menyediakan Kertas Cadangan dengan menggunakan format seperti di Lampiran B5 bagi cadangan pemangkuan / kenaikan pangkat secara individu dan Lampiran B6 bagi cadangan pemangkuan / kenaikan pangkat secara berkumpulan untuk pertimbangan Lembaga. Kertas cadangan tersebut hendaklah mengandungi maklumat berikut sebagai lampiran, iaitu: (i) maklumat kekosongan jawatan (dikepilkan sebagai Lampiran A kepada kertas cadangan); (ii) maklumat calon yang dipertimbangkan mengikut susunan kekananan (dikepilkan sebagai Lampiran B kepada kertas cadangan); (iii) senarai Panel Temu duga (sekiranya berkaitan); (iv) senarai pegawai yang diperakukan (dikepilkan sebagai Lampiran C kepada kertas cadangan). (b) Ketua Jabatan boleh memperakukan calon untuk memangku atau kenaikan pangkat berasaskan merit dan kriteria seperti dijelaskan di perenggan 17 (Ceraian UP.3.1.1), Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam. Merit pegawai ditetapkan berasaskan:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy