Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-10 26. Elaun Pemangkuan hendaklah dikira semula pada tiap-tiap kali tarikh pergerakan gaji tahunan ataupun pada bila-bila masa gaji pegawai berkenaan berubah. 27. Pemangkuan yang kurang dari enam (6) bulan bagi sesuatu jawatan tidak dibenarkan, kecuali bagi jawatan-jawatan yang tidak boleh ditanggung kerja. 28. Elaun Pemangkuan ialah perbezaan di antara gaji permulaan jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai dengan syarat: (a) perbezaan itu tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa di gred hakiki pegawai. Jika perbezaan itu kurang daripada satu pergerakan gaji biasa, Elaun Pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji biasa di atas matagaji jawatan yang dipangku; dan (b) sekiranya gaji hakiki seseorang pegawai itu sama atau lebih tinggi daripada gaji permulaan jawatan yang dipangku, Elaun Pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji biasa di atas matagaji jawatan yang dipangku. Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan adalah seperti di Lampiran A. 29. Sekiranya Ketua Jabatan mengkehendaki pegawai menyelesaikan tugas di jawatan yang terdahulu atas kepentingan perkhidmatan dengan kelulusan Ketua Jabatan barunya, pegawai bolehlah menyelesaikan tugas di jawatan lamanya untuk tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari berturut-turut termasuk cuti mingguan dan kelepasan am. Sekiranya pegawai dibenar menangguhkan tarikh melaporkan diri, maka tarikh kuat kuasa pemangkuannya adalah kekal. Walau bagaimanapun, elaun pemangkuan hanya layak dibayar mulai tarikh pegawai menjalankan tugas yang dipangku secara sepenuh masa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy