Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 35 CERAIAN UP.3.1.8 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penggunaan Borang Laporan Penilaian Prestasi Khas (LNPK) bagi Pegawai Perkhidmatan Awam untuk membolehkan penilaian dibuat bagi tujuan kenaikan pangkat atau kemajuan kerjaya yang lain. LATAR BELAKANG 2. Penilaian prestasi khas pernah digunakan sebelum ini bagi menilai prestasi pegawai yang dipertimbangkan bagi sesuatu urusan kenaikan pangkat atau kemajuan kerjaya yang lain. Semenjak berkuat kuasanya Sistem Saraan Baru (SSB) pada tahun 1992, penilaian prestasi pegawai bagi semua tujuan kemajuan kerjaya hanya menggunakan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sahaja. 3. Pada masa ini penggunaan penilaian prestasi khas bagi mendapatkan penilaian terkini berhubung prestasi semasa seseorang pegawai didapati masih diperlukan. Umpamanya, untuk menilai prestasi pegawai bagi tujuan kenaikan pangkat khususnya jika tempoh pemangkuan kurang daripada satu (1) tahun. PELAKSANAAN Borang Laporan Penilaian Prestasi Khas 4. Dua jenis borang disediakan berasaskan kepada kumpulan pegawai seperti berikut: Bil. Borang Kumpulan Pegawai (a) JPA (LNPK) 1/2009 Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA/Gred Khas) (b) JPA (LNPK) 2/2009 Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy