Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 11 UP.3.1.2 Simulasi : Dengan andaian kadar KGT gred terdahulu lebih tinggi dari kadar KGT gred naik pangkat. Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat Dengan Elaun Pemangkuan 9. Pemakluman mengenai kelulusan kenaikan pangkat adalah dibuat melalui surat penyiaran kenaikan pangkat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan. Oleh itu, bayaran elaun pemangkuan bagi pegawai yang memangku hendaklah dihentikan mulai daripada tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat. 10. Kaedah pelarasan gaji kenaikan pangkat dengan elaun pemangkuan adalah seperti di Lampiran UP.3.1.2(A). Elaun pemangkuan yang dibayar kepada pegawai selepas daripada tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat hendaklah dikutip balik. 11. Bagi apa-apa pelarasan gaji kenaikan pangkat dengan elaun pemangkuan, jika terdapat perbezaan negatif iaitu jumlah pelarasan gaji kenaikan pangkat kurang daripada jumlah elaun pemangkuan yang telah dibayar bagi tempoh mulai tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat sehingga tarikh surat penyiaran kenaikan pangkat, perbezaan tersebut jika ada, tidak perlu dikutip balik daripada pegawai berkenaan. Manakala jika ada perbezaan yang positif, iaitu jumlah pelarasan gaji kenaikan pangkat melebihi daripada jumlah elaun pemangkuan, Jabatan hendaklah membayar perbezaan tersebut kepada pegawai. + KGT Gred Terdahulu JGMM Gred Naik Pangkat Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat Gaji akhir ditambah dengan KGT gred terdahulu kerana kadar KGT gred terdahulu lebih tinggi dari kadar KGT gred naik pangkat. JGMM Gred Terdahulu Gaji Akhir I II Min Maks Maks Min

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy