Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-52 4. Selaras dengan surat JPA bil. JPA(S)NP 134/1 Klt. 18(4) bertarikh 4 November 2008, kerjasama tuan juga dipohon untuk memasukkan peringatan kepada pegawai yang telah diluluskan pemangkuan tetapi belum lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk hadir dan lulus PTK yang berkenaan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh pemangkuan (jika berkaitan). 5. Dari segi penempatan, pegawai-pegawai yang telah diluluskan pemangkuan ini hendaklah dibuat mengikut susunan kekananan sebagaimana yang telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat. 6. Senarai calon simpanan ini sah untuk tempoh enam (6) bulan dari tarikh mesyuarat Lembaga. 7. Sila tuan maklumkan keputusan Lembaga seperti di atas dengan segera dan secara rasmi kepada pegawai-pegawai berkenaan. Pihak tuan bertanggungjawab mewartakan pemangkuan pegawai-pegawai berkenaan jika perlu, selaras dengan Perenggan 2.16, Panduan Pengurusan Pejabat mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007. Jika diwartakan, sukacita satu salinan dikemukakan kepada Jabatan ini untuk tujuan rekod. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (En. Z bin Y) Cawangan Dasar Dan Pembangunan Perkhidmatan Bahagian Perkhidmatan b.p Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam MALAYSIA s.k: Ketua Pengarah ............................ Kementerian ……………………….. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 PUTRAJAYA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy