Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 7 CERAIAN UP.3.1.2 PANDUAN PELAKSANAAN PENETAPAN GAJI PERMULAAN KENAIKAN PANGKAT TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan kaedah penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat berikutan berkuatkuasanya pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)1/2012] melalui [P.U.(A)163/2017]. LATAR BELAKANG 2. Sebelum berkuat kuasanya pindaan tersebut, prinsip yang digunakan dalam menetapkan gaji permulaan kenaikan pangkat adalah sebagaimana dinyatakan dalam Peraturan 44(1) [P.U.(A) 1/2012], iaitu “gaji yang diterima oleh seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu”. 3. Dengan berkuat kuasanya pindaan melalui P.U.(A) 163/2017, terdapat keperluan untuk menjelaskan kaedah penetapan gaji permulaan berdasarkan peraturan baharu ini. TAFSIRAN 4. Bagi maksud panduan ini: ‘Gred terdahulu’ bermaksud gred hakiki terakhir pegawai sebelum dinaikkan pangkat; dan ‘Gaji akhir’ bermaksud gaji yang diterima di gred terdahulu yang akan digunakan untuk tujuan penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat. Gaji akhir ini adalah gaji yang telah mengambil kira Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) pada tahun kenaikan pangkat (meliputi PGT yang telah diawalkan berikutan daripada kenaikan pangkat).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy