Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-8 Contoh: Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Pihak Berkuasa Tempatan yang telah berkhidmat selama 5 tahun ditukar lantik ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Perkhidmatan Awam Persekutuan. Tempoh perkhidmatan 5 tahun di jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 boleh diambil kira. 10.4 pegawai yang meletak jawatan dan kemudiannya dilantik ke perkhidmatan di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan dalam skim perkhidmatan yang sama dan gred lantikan yang sama, tempoh perkhidmatan sebelumnya boleh diambil kira dengan syarat perkhidmatannya tidak terputus; Contoh: Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang telah berkhidmat selama 7 tahun dan meletak jawatan yang kemudian pegawai dilantik terus (tanpa putus perkhidmatan) di Pihak Berkuasa Tempatan dalam skim perkhidmatan dan gred lantikan yang sama, tempoh perkhidmatan selama 7 tahun tersebut boleh diambil kira. 10.5 pegawai yang melepas jawatan dan kemudiannya dilantik ke perkhidmatan di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan, skim perkhidmatan dan gred lantikan yang sama, tempoh perkhidmatan sebelumnya boleh diambil kira; Contoh: Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang telah berkhidmat selama 12 tahun dan melepaskan jawatan yang kemudian dilantik di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dalam skim perkhidmatan dan gred lantikan yang sama, tempoh perkhidmatan 12 tahun tersebut boleh diambil kira. 10.6 pegawai yang ditukar sementara/ dipinjamkan ke sesuatu agensi dalam perkhidmatan di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy