Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 19 CERAIAN UP.3.1.6 DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI YANG SEDANG DISIASAT DAN TELAH DIKENAKAN HUKUMAN TATATERTIB TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai pelaksanaan urusan kenaikan pangkat bagi pegawai yang sedang disiasat dan juga telah dikenakan hukuman tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau Peraturan-Peraturan Tatatertib yang sedang berkuat kuasa. LATAR BELAKANG 2. Sifat-sifat peribadi terutamanya keutuhan pegawai merupakan salah satu daripada kriteria yang perlu diambil kira sebelum pegawai dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat seperti yang ditetapkan dalam Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005. Oleh itu, sebelum pegawai dipertimbangkan dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat hendaklah dipastikan pegawai tersebut bebas dari hukuman tatatertib. 3. Urusan kenaikan pangkat yang lebih kerap dilaksanakan pada masa ini memerlukan semakan semula dibuat ke atas tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat kepada pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib. PELAKSANAAN 4. Pegawai dalam keadaan berikut boleh dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat: (a) Pegawai yang ditohmah tetapi tidak dapat dibuktikan; atau (b) Pegawai yang sedang dalam prosiding tatatertib. 5. Bagi pegawai yang sedang dalam prosiding tatatertib, kes pegawai hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy