Pelantikan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA KAEDAH PELANTIKAN PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN AWAM DAN URUSAN-URUSAN LAIN BERKAITAN PELANTIKAN VERSI 1.0 (2022) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Diedarkan kepada: Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan

i KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT TUJUAN 1 LATAR BELAKANG 1 PELAKSANAAN 2 TARIKH KUAT KUASA 5 PEMBATALAN 5 PEMAKAIAN 5 LAMPIRAN I Senarai Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran Yang Dibatalkan 1-1 Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service) Ceraian UP.1.1.1 Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service) 6 Lampiran UP.1.1.1 Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service) 1-1 Ceraian UP.1.1.2 Peraturan-Peraturan Pengambilan Bukan Warganegara Untuk Berkhidmat Dalam Perkhidmatan Awam Secara Kontrak Atau Sementara 12 Lampiran UP.1.1.2(A) Butir-Butir Jawatan Yang Hendak Diisi Secara Perlantikan Kontrak 1-1 Lampiran UP.1.1.2(B) Permohonan Perlanjutan / Pembaharuan Perkhidmatan Kontrak 2-1 Ceraian UP.1.1.3 Penurunan Kuasa Pelantikan Secara Kontrak Pesara Kerajaan Sebagai Pensyarah Di Institusi Pengajian Tinggi Awam 15 Lampiran UP.1.1.3 Pelantikan/Pelantikan Semula Secara Kontrak Pesara Kerajaan Sebagai Pensyarah 1-1

ii Ceraian UP.1.1.4 Penurunan Kuasa Menimbang Pelantikan Secara Kontrak Oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam 20 Lampiran UP.1.1.4(A) Kaedah Penetapan Gred Dan Gaji Permulaan Bagi Pelantikan Secara Kontrak Calon Bukan Warganegara Ke Jawatan Pensyarah 1-1 Lampiran UP.1.1.4(B) Pelantikan/ Pelantikan Semula Secara Kontrak 2-1 Ceraian UP.1.1.5 Pelanjutan Had Umur Maksimum Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pegawai Warganegara (Bukan Pesara) Dan Bukan Warganegara 30 Ceraian UP.1.1.6 Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pesara Sebagai Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Dan Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri 32 Ceraian UP.1.1.7 Penurunan Kuasa Melulus Kelonggaran Syarat Had Umur Maksimum Bagi Pelantikan Secara Kontrak Di Institusi Pengajian Tinggi Awam 34 Lampiran UP.1.1.7 Laporan Urusan Pelantikan / Pelantikan Semula Secara Kontrak Dengan Kelonggaran Syarat Had Umur Maksimum 1-1 Ceraian UP.1.1.8 Penambahbaikan Kemudahan Bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Dalam Perkhidmatan Awam 37 Lampiran UP.1.1.8(A) Pengiraan Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan Bagi Pesara Yang Dilantik Kontrak Mulai 1 Jun 2016 Hingga 31 Disember 2017 1-1 Lampiran UP.1.1.8(B) Permohonan Pegawai Kontrak Untuk Mengumpul Cuti Rehat Bagi Tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) 2-1 Lampiran UP.1.1.8(C) Contoh Senarai Elaun Dan Kemudahan 3-1 Lampiran UP.1.1.8(D) Contoh Syarat Pelantikan Pegawai Kontrak (Contract Of Service) 4-1 Ceraian UP.1.1.9 Penambahan Terma Dan Syarat Di Dalam Borang Perjanjian Pegawai Kontrak (Contract Of Service) 42

iii Ceraian UP.1.1.10 Pindaan Kuasa Menimbang Bagi Pelantikan Secara Kontrak Pesara Dan Pesara Pilihan Ke Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi 44 Ceraian UP.1.1.11 Pengambilan Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Untuk Tujuan Pelantikan Tetap 46 Lampiran UP.1.1.11 Panduan Pengambilan Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Untuk Tujuan Pelantikan Secara Tetap 1-1 Ceraian UP.1.1.12 Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan Oleh Pegawai Lantikan Secara Kontrak (Contract Of Service) 48 Lampiran UP.1.1.12(A) Peruntukan Berkaitan Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan Oleh Pegawai Lantikan Secara Kontrak (Contract Of Service) 1-1 Lampiran UP.1.1.12(B) Pengesahan Ketua Jabatan Berkaitan Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan Oleh Pegawai Lantikan Secara Kontrak (Contract Of Service) 2-1 Lampiran UP.1.1.12(C) Akuan Pegawai Ke Atas Penerimaan Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan 3-1 Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap Ceraian UP.1.2.1 Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap 53 Lampiran UP.1.2.1 Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap 1-1 Ceraian UP.1.2.2 Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap 61

iv Lampiran UP.1.2.2(A) Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Bagi Pertukaran Sementara Ke Gred Jawatan Yang Sama – Contoh Gred J44 Ke 44 (Terbuka) 1-1 Lampiran UP.1.2.2(B) Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Bagi Pertukaran Sementara Ke Gred Jawatan Yang Sama – Contoh Gred Utama C Ke Gred Utama C (Terbuka) 1 2-1 Lampiran UP.1.2.2(C) Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Bagi Pertukaran Sementara Ke Skim Perkhidmatan Dan Gred Yang Setaraf – Contoh Gred W48 Ke Gred M48 3-1 Lampiran UP.1.2.2(D) Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Bagi Pertukaran Sementara Ke Gred Jawatan Yang Sama – Contoh Gred S48 Ke Gred 48 (Terbuka) 4-1 Lampiran UP.1.2.2(E) Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Bagi Pertukaran Sementara Ke Gred Jawatan Yang Lebih Tinggi – Contoh Gred J48 Ke Gred Q52 5-1 Lampiran UP.1.2.2(F) Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Bagi Pertukaran Sementara Ke Gred Jawatan Yang Lebih Tinggi – Contoh Gred G52 Ke Gred Utama C (Terbuka) 1 6-1 Lampiran UP.1.2.2(G) Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Bagi Pertukaran Sementara Ke Gred Jawatan Yang Lebih Tinggi – Contoh Gred B54 Ke Gred Utama C (Terbuka) 1 7-1 Lampiran UP.1.2.2(H) Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Bagi Pertukaran Sementara Ke Gred Jawatan Yang Lebih Tinggi – Contoh Gred W54 Ke Gred Utama C (Terbuka) 1 8-1 Lampiran UP.1.2.2(I) Kaedah Penetapan Gaji Bagi Pegawai Yang Dilanjutkan Tempoh Pertukaran Sementara – Contoh Gred W48 Ke Gred S52 9-1 Lampiran UP.1.2.2(J) Kaedah Penetapan Gaji Bagi Pegawai Yang Dilanjutkan Tempoh Pertukaran Sementara – Contoh Gred Q54 Ke Gred 54 (Terbuka) 10-1 Lampiran UP.1.2.2(K) Kaedah Penetapan Gaji Pertukaran Sementara Bagi Pegawai Yang Dinaikkan Pangkat Dalam Tempoh Pertukaran Sementara – Contoh Gred J44 Ke Gred Q54 11-1

v Lampiran UP.1.2.2(L) Kaedah Penetapan Gaji Pertukaran Sementara Bagi Pegawai Yang Dinaikkan Pangkat Dalam Tempoh Pertukaran Sementara - Contoh Gred DG44 Ke Gred S48 12-1 Lampiran UP.1.2.2(M) Kaedah Penetapan Gaji Bagi Pertukaran Tetap - Contoh Gred W48 Ke Gred S52 13-1 Lampiran UP.1.2.2(N) Contoh Syarat Pertukaran Tetap Ke Jawatan Yang Disandang Secara Peminjaman/Pertukaran Sementara 14-1 Lampiran UP.1.2.2(O) Kaedah Penetapan Gaji Bagi Pegawai Yang Sedang Ditukar Sementara Semasa SPP 2/2012 Berkuat Kuasa - Contoh Gred J48 Ke Gred Q48 15-1 Ceraian UP.1.2.3 Kuasa Menimbang Pelantikan Secara Pertukaran Sementara Dan Peminjaman Bagi Pegawai Awam Persekutuan 76 Lampiran UP.1.2.3(A) Prosedur Pertukaran Sementara Pegawai Awam Persekutuan Gred 53/54 Atau Setaraf Ke Perkhidmatan Lain Dalam Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan, Perkhidmatan Awam Persekutuan, Pasukan Polis Dan Perkhidmatan Pelajaran 1-1 Lampiran UP.1.2.3(B) Prosedur Peminjaman Pegawai Awam Persekutuan Gred 53/54 Atau Setaraf Ke Pentadbiran Kerajaan Negeri / Pihak Berkuasa Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan 2-1 Ceraian UP.1.2.4 Pemakluman Mengenai Kadar Insentif Bagi Pelantikan Secara Peminjaman Bagi Perkhidmatan Awam Berikutan Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 79 Lampiran UP.1.2.4 Insentif Peminjaman Mengikut Gred Jawatan Hakiki Dalam Perkhidmatan Awam 1-1 Ceraian UP.1.2.5 Pemakluman Mengenai Perubahan Kuasa Menimbang Bagi Pelantikan Secara Peminjaman Ke Agensi Antarabangsa 81

vi Urusan-Urusan Lain Berkaitan Pelantikan Ceraian UP.1.3.1 Dasar Dan Prosedur Pelantikan Bekas Tentera Ke Dalam Perkhidmatan Awam 83 Lampiran UP.1.3.1 Syarat-Syarat Pemberhentian [Pegawai Tetap/ Pegawai Tauliah Jangka Pendek (TJP) / Anggota Lain-Lain Pangkat (Tetap) / Anggota Lain-Lain Pangkat (Sukarela) / Anggota Lain-Lain Pangkat TLDM (Tetap)] 1-1 Ceraian UP.1.3.2 Panduan Pertukaran Pelantikan 91 Lampiran UP.1.3.2(A) Panduan A - Pertukaran Pelantikan Atas Keputusan Kerajaan 1-1 Lampiran UP.1.3.2(B) Panduan B - Pertukaran Pelantikan Atas Permohonan Pegawai 2-1 Ceraian UP.1.3.3 Kaedah Pengisian Jawatan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun 95 Ceraian UP.1.3.4 Tawaran Opsyen Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 99 Lampiran UP.1.3.4(A) Tawaran Opsyen Untuk Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Selaras Dengan Peruntukan Seksyen 6a(L) Pindaan Akta Pencen 1980 (Akta 227) 1-1 Lampiran UP.1.3.4(B) Tawaran Opsyen Untuk Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Selaras Dengan Peruntukan Seksyen 6a(1) Pindaan Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980 (Akta 239) 2-1 Lampiran UP.1.3.4(C) Perakuan Pemberian Taraf Berpencen Selaras Dengan Seksyen 7 Akta Pencen 1980 (Akta 227) 3-1 Ceraian UP.1.3.5 Dasar Dan Prosedur Mengikuti Kursus Pra Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Sedang Berkhidmat 103 Lampiran UP.1.3.5(A) Senarai Skim Perkhidmatan Yang Mensyaratkan Kursus Pra Perkhidmatan Yang Sedang Berkuat Kuasa Pada 18 September 2009 1-1

vii Lampiran UP.1.3.5(B) Carta Alir Prosedur Untuk Mengikuti Kursus Pra Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Telah Disahkan Dalam Perkhidmatan/Telah Disahkan Dalam Jawatan Terdahulu 2-1 Lampiran UP.1.3.5(C) Carta Alir Prosedur Untuk Mengikuti Kursus Pra Perkhidmatan Bagi Pegawai Lantikan Kali Pertama Yang Belum Disahkan Dalam Perkhidmatan 3-1 Ceraian UP.1.3.6 Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya 110 Lampiran UP.1.3.6 Maklumat Pencapaian Pekerjaan Orang Kurang Upaya Di Kementerian/ SUK/ Agensi 1-1 Ceraian UP.1.3.7 Pelaksanaan Tapisan Keselamatan Bagi Pegawai Yang Dilantik Dalam Perkhidmatan Awam 115 Ceraian UP.1.3.8 Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia 119 Ceraian UP.1.3.9 Program Transformasi Minda 127 Lampiran UP.1.3.9(A) Ringkasan Kandungan Kurikulum Program Transformasi Minda 1-1 Lampiran UP.1.3.9(B) Contoh Jadual Pelaksanaan 5 Hari Program Transformasi Minda 2-1 Lampiran UP.1.3.9(C) Garis Panduan Penilaian Program Transformasi Minda 3-1 Kembaran UP.1.3.9(A) Laporan Penilaian Program Transformasi Minda 4-1 Lampiran UP.1.3.9(D) Sijil Program Transformasi Minda 5-1 Ceraian UP.1.3.10 Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam 134 Lampiran UP.1.3.10(A) Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam 1-1

viii Lampiran UP.1.3.10(B) Borang Pemeriksaan Perubatan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam 2-1 Dasar Dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian Ceraian UP.1.4.1 Dasar Dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian 139 Lampiran UP.1.4.1(A) Kadar Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri Bagi Pekerja Sambilan Harian 1-1 Lampiran UP.1.4.1(B) Contoh Surat Tawaran Pengambilan PSH 2-1 Lampiran UP.1.4.1(C) Syarat Perkhidmatan Pekerja Sambilan Harian 3-1 Lampiran UP.1.4.1(D) Contoh Surat Penerimaan Tawaran Pekerja Sambilan Harian 4-1 Ceraian UP.1.4.2 Pemakluman Mengenai Penurunan Kuasa Melulus Bayaran Elaun Lebih Masa dan Upah Bekerja Pada Cuti Mingguan Dan Cuti Kelepasan Am Peraturan Pengambilan Pekerja Sambilan Harian 146 Pengurusan Personel Untuk Agensi Awam Yang Akan Diswastakan Ceraian UP.1.5.1 Pengurusan Personel Untuk Agensi Awam Yang Akan Diswastakan 148 Lampiran UP.1.5.1 Panduan Pengurusan Personel Untuk Agensi Awam Yang Akan Diswastakan 1-1 Jejak Dokumen: Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan

 1 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan ____________________________________________________________________ PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA ____________________________________________________________________ KAEDAH PELANTIKAN PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN AWAM DAN URUSAN-URUSAN LAIN BERKAITAN PELANTIKAN VERSI 1.0 (2022) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai peraturan, syarat dan prosedur bagi pelantikan pegawai dalam perkhidmatan awam serta urusan-urusan lain berkaitan pelantikan. LATAR BELAKANG 2. Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan tidak terjejas, maka proses pelantikan pegawai serta lain-lain urusan berkaitan pelantikan hendaklah kemas dan teratur. Oleh itu Jabatan Perkhidmatan Awam mengeluarkan Ceraian pelantikan pegawai termasuk urusan-urusan lain berkaitan pelantikan ini supaya pelaksanaannya lebih teratur dan efisien. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA

 2 PELAKSANAAN 3. Dasar, prosedur dan garis panduan mengenai pelantikan pegawai dalam perkhidmatan awam serta urusan-urusan lain berkaitan pelantikan adalah seperti berikut: Kod Ceraian Tema UP.1.1 Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service) Ceraian UP.1.1.1 Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service) Ceraian UP.1.1.2 Peraturan-Peraturan Pengambilan Bukan Warganegara Untuk Berkhidmat Dalam Perkhidmatan Awam Secara Kontrak Atau Sementara Ceraian UP.1.1.3 Penurunan Kuasa Pelantikan Secara Kontrak Pesara Kerajaan Sebagai Pensyarah Di Institusi Pengajian Tinggi Awam Ceraian UP.1.1.4 Penurunan Kuasa Menimbang Pelantikan Secara Kontrak Oleh Institut Pengajian Tinggi Awam Ceraian UP.1.1.5 Pelanjutan Had Umur Maksimum Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pegawai Warganegara (Bukan Pesara) Dan Bukan Warganegara Ceraian UP.1.1.6 Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pesara Sebagai Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Dan Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri Ceraian UP.1.1.7 Penurunan Kuasa Melulus Kelonggaran Syarat had Umur Maksimum Bagi Pelantikan Secara Kontrak Di Institut Pengajian Tinggi Awam Ceraian UP.1.1.8 Penambahbaikan Kemudahan Bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Dalam Perkhidmatan Awam Ceraian UP.1.1.9 Penambahan Terma Dan Syarat Di Dalam Borang Perjanjian Pegawai Kontrak (Contract Of Service)

 3 Kod Ceraian Tema Ceraian UP.1.1.10 Pindaan Kuasa Menimbang Bagi Pelantikan Secara Kontrak Pesara dan Pesara Pilihan Ke Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi Ceraian UP.1.1.11 Pengambilan Pegawai Lantikan Kontrak (Contrak Of Service) Untuk Tujuan Pelantikan Tetap Ceraian UP.1.1.12 Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan Oleh Pegawai Lantikan Secara Kontrak (Contract Of Service) UP.1.2 Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap Ceraian UP.1.2.1 Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap Ceraian UP.1.2.2 Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap Ceraian UP.1.2.3 Kuasa Menimbang Pelantikan Secara Pertukaran Sementara Dan Peminjaman Bagi Pegawai Awam Persekutuan Ceraian UP.1.2.4 Pemakluman Mengenai Kadar Insentif Bagi Pelantikan Secara Peminjaman Bagi Perkhidmatan Awam Berikutan Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Ceraian UP.1.2.5 Pemakluman Mengenai Perubahan Kuasa Menimbang Bagi Pelantikan Secara Peminjaman Ke Agensi Antarabangsa UP.1.3 Urusan-Urusan Lain Berkaitan Pelantikan Ceraian UP.1.3.1 Dasar Dan Prosedur Pelantikan Bekas Tentera Dalam Perkhidmatan Awam Ceraian UP.1.3.2 Panduan Pertukaran Pelantikan Ceraian UP.1.3.3 Kaedah Pengisian Jawatan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun

 4 Kod Ceraian Tema Ceraian UP.1.3.4 Tawaran Opsyen Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Ceraian UP.1.3.5 Dasar Dan Prosedur Mengikuti Kursus Pra Perkhidmatan Bagi Pegawai Sedang Berkhidmat Ceraian UP.1.3.6 Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya Ceraian UP.1.3.7 Pelaksanaan Tapisan Keselamatan Bagi Pegawai Yang Dilantik Dalam Perkhidmatan Awam Ceraian UP.1.3.8 Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia Ceraian UP.1.3.9 Program Transformasi Minda Ceraian UP.1.3.10 Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam 1.4 Dasar Dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian Ceraian UP.1.4.1 Dasar Dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian Ceraian UP.1.4.2 Pemakluman Mengenai Penurunan Kuasa Melulus Bayaran Elaun Lebih Masa dan Upah Bekerja Pada Cuti Mingguan Dan Cuti Kelepasan Am Peraturan Pengambilan Pekerja Sambilan Harian 1.5 Pengurusan Personel Untuk Agensi Awam Yang Akan Diswastakan Ceraian UP.1.5.1 Pengurusan Personel Untuk Agensi Awam Yang Akan Diswastakan

 5 TARIKH KUAT KUASA 4. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. PEMBATALAN 5. Dengan berkuatkuasanya PPSM ini, Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran seperti senarai di Lampiran I adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, PPSM ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 1-1 LAMPIRAN I Senarai Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran Yang Dibatalkan Bil. Tema PP/SPP/SE Yang Dibatalkan 1. Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service) (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008: Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service); (ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1985: Peraturan-Peraturan Pengambilan Bukan Warganegara Untuk Berkhidmat Dalam Perkhidmatan Awam Secara Kontrak Atau Sementara; (iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2007: Penurunan Kuasa Perlantikan Secara Kontrak Pesara Kerajaan Sebagai Pensyarah Di Institusi Pengajian Tinggi; (iv) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2008: Penurunan Kuasa Menimbang Pelantikan Secara Kontrak oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam; (v) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2008: Pelanjutan Had Umur Maksimum Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pegawai Warganegara (Bukan Pesara) Dan Bukan Warganegara; (vi) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2010: Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pesara Sebagai Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Dan Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri; (vii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2011: Penurunan Kuasa Melulus Kelonggaran Syarat Had Umur Maksimum Bagi Pelantikan Secara Kontrak Di Institusi Pengajian Tinggi Awam;

 1-2 Bil. Tema PP/SPP/SE Yang Dibatalkan (viii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016: Penambahbaikan Kemudahan Bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Dalam Perkhidmatan Awam; (ix) Surat Edaran JPA(S)K173/18 Klt.17 (40) bertarikh 28 Januari 2010: Penambahan Terma Dan Syarat Di Dalam Borang Perjanjian Pegawai Kontrak (Contract Of Service); (x) Surat Edaran JPA(S) 173/18 Jld.19(9) bertarikh 17 Januari 2013: Pindaan Kuasa Menimbang Bagi Pelantikan Secara Kontrak Pesara Dan Pesara Pilihan Ke Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi; (xi) Surat Edaran JPA.BK(S)173/18 Jld. 20(12) bertarikh 31 Mac 2016: Pengambilan Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Untuk Tujuan Pelantikan Tetap; dan (xii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008: Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan oleh Pegawai Lantikan Secara Kontrak (Contract of Service). 2. Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008: Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap; (ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012: Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap; (iii) Surat Edaran JPA(K)(S)269/2/2 Klt.12 (40) bertarikh 13 Mac 2013: Kuasa Menimbang Pelantikan Secara Pertukaran Sementara Dan Peminjaman Bagi Pegawai Awam Persekutuan;

 1-3 Bil. Tema PP/SPP/SE Yang Dibatalkan (iv) Surat Edaran JPA(S) 269/2/1 Klt.4(65) bertarikh 18 Oktober 2012: Pemakluman Mengenai Perubahan Kuasa Menimbang Bagi Pelantikan Secara Peminjaman Ke Agensi Antarabangsa; dan (v) Surat Edaran bertarikh 25 April 2018: Pemakluman Mengenai Kadar Insentif Bagi Pelantikan Secara Peminjaman Bagi Perkhidmatan Awam Berikutan Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016. 3. Urusan-Urusan Lain Berkaitan Pelantikan (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2011: Dasar Dan Prosedur Perlantikan Bekas Tentera Ke Dalam Perkhidmatan Awam; (ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2016: Panduan Pertukaran Pelantikan; (iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2007: Kaedah Pengisian Jawatan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun; (iv) Perenggan 10, 14 dan 15 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2002: Pelantikan dan Penamatan Perkhidmatan Pengerusi Lembaga dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun; (v) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2001: Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Untuk Bekas Polis dan Bekas Tentera Yang Dilantik Secara Tetap Ke Dalam Perkhidmatan Awam; (vi) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2001: Tawaran Opsyen Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja; (vii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2009: Dasar Dan Prosedur Mengikuti Kursus Pra Perkhidmatan Bagi Pegawai Sedang Berkhidmat;

 1-4 Bil. Tema PP/SPP/SE Yang Dibatalkan (viii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010: Pencapaian Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya; (ix) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2011: Pindaan Pelaksanaan Tapisan Keselamatan Bagi Pegawai Yang Dilantik Dalam Perkhidmatan Awam; (x) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2012: Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah SSM; (xi) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012: Program Transformasi Minda (PTM); (xii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2013: Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam; (xiii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1991: Tawaran Opsyen Skim Pencen atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); (xiv) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992: Kursus Induksi Di Bawah Sistem Saraan Baru (SSB); (xv) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998: Pindaan Kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1997 - Kursus Induksi Di Bawah Sistem Saraan Baru (SSB); (xvi) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1997: Pindaan Kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992 - Kursus Induksi Di Bawah Sistem Saraan Baru (SSB); (xvii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005: Pelaksanaan Integrasi Modul Kenegaraan Dalam Kursus Induksi;

 1-5 Bil. Tema PP/SPP/SE Yang Dibatalkan (xviii) Surat Edaran JPA SULIT 376/Bhg.10/5 bertarikh 2 Mei 1979: Pelaksanaan Tapisan Keselamatan Bagi Pegawai Yang Dilantik Dalam Perkhidmatan Awam; (xix) Surat Edaran JPA.241/46 Jld.11(10) bertarikh 2 Oktober 1998: Kursus Induksi Di Bawah Sistem Saraan Baru (SSB); (xx) Surat Edaran JPA(S)241/46 Jld.11(63) bertarikh 10 April 2001: Pindaan Kepada Format Seksyen B (Soalan-Soalan Esei) Ujian Akhir Kursus Induksi Modul Umum Kumpulan I; (xxi) Surat Edaran JPA.241/46 Jld.5(69) bertarikh 1 April 1993: Pengecualian Daripada Menduduki Semula Kursus Induksi; dan (xxii) Garis Panduan Penilaian Kursus Modul Induksi Umum: INTAN: 53/12/347 Jld.2(81) bertarikh 10 Oktober 1992. 4. Dasar Dan Prosedur Pelantikan Pekerja Sambilan Harian (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011: Dasar Dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian; dan (ii) Surat Edaran JPA.BK(S)54/3/Jld.4(2) bertarikh 12 Disember 2012: Pemakluman Mengenai Penurunan Kuasa Melulus Bayaran Elaun Lebih Masa Dan Upah Bekerja Pada Cuti Mingguan Dan Cuti Kelepasan Am Peraturan Pengambilan Pekerja Sambilan Harian. 5. Pengurusan Personel Untuk Agensi Awam Yang Akan Diswastakan (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2000: Panduan Pengurusan Personel Untuk Agensi Awam Yang Akan Diswastakan.

 6 CERAIAN UP.1.1.1 DASAR DAN PROSEDUR PELANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan mengenai dasar dan prosedur mengenai kaedah pelantikan secara kontrak perkhidmatan (contract of service) supaya pelaksanaannya lebih teratur, cekap dan seragam. LATAR BELAKANG 2. Peraturan pelantikan secara kontrak dalam perkhidmatan awam sebelum 1 April 2008 telah dijelaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2003 - Panduan Pelantikan Pegawai Kontrak (PP 2/2003). Walau bagaimanapun, PP 2/2003 telah disemak semula melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 - Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service) melibatkan semakan semula ke atas: (i) kuasa menimbang pelantikan secara kontrak bagi gred-gred tertentu yang terletak di bawah kuasa Ketua Setiausaha Negara (KSN) atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA); (ii) penetapan gaji permulaan pegawai kontrak yang dilantik kemudiannya secara kontrak ke gred jawatan yang lebih tinggi; (iii) penguatkuasaan Tapisan Keselamatan bagi semua pelantikan kontrak; (iv) perkhidmatan kontrak tidak terputus bagi pegawai yang mengambil cuti sakit melebihi kelayakan yang dibenarkan; (v) kemudahan cuti bersalin yang diberi kepada pegawai kontrak bukan warganegara; (vi) pemendekan notis penamatan kontrak; dan (vii) pembayaran ganjaran kepada pegawai kontrak yang menamatkan perkhidmatan.

 7 UP.1.1.1 DASAR BARU Kuasa Menimbang Pelantikan 3. Kerajaan telah bersetuju supaya kuasa menimbang pelantikan secara kontrak bagi kategori/gred jawatan tertentu ditetapkan seperti berikut: Kategori Calon Kategori/ Gred Jawatan Kuasa Menimbang Warganegara (Bukan Pesara) Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) Gred 53/54 atau setaraf Perkhidmatan Gunasama/ Perkhidmatan Bukan Gunasama KPPA Kumpulan P&P Perkhidmatan Gunasama Gred 52 atau setaraf dan ke bawah Ketua Perkhidmatan Kumpulan P&P Perkhidmatan Bukan Gunasama Gred 52 atau setaraf dan ke bawah Ketua Setiausaha Kementerian Warganegara (Pesara) Kumpulan P&P Gred 53/54 atau setaraf Perkhidmatan Gunasama/ Perkhidmatan Bukan Gunasama KPPA Kumpulan P&P Perkhidmatan Gunasama Gred 52 atau setaraf dan ke bawah Ketua Perkhidmatan Kumpulan P&P Perkhidmatan Bukan Gunasama Gred 52 atau setaraf dan ke bawah Ketua Setiausaha Kementerian Kumpulan Sokongan Perkhidmatan Gunasama Ketua Perkhidmatan Kumpulan Sokongan/ setaraf Perkhidmatan Bukan Gunasama Ketua Setiausaha Kementerian

 8 UP.1.1.1 Penetapan Gaji Permulaan 4. Gaji permulaan pegawai kontrak yang dilantik ke jawatan kontrak lain yang lebih tinggi adalah berdasarkan mata gaji tertinggi berhampiran dengan mata gaji dalam kontrak terakhirnya, terhad di Peringkat 1 (P1). Penguatkuasaan Tapisan Keselamatan 5. Semua pegawai kontrak perlu menjalani dan lulus tapisan keselamatan. Perkhidmatan Kontrak Tidak Terputus Akibat Cuti Sakit 6. Sekiranya pegawai telah habis menggunakan kemudahan cuti sakit yang dibenarkan (15 hari) tetapi masih memerlukan masa untuk pulih, pegawai boleh dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan untuk tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan tidak melebihi 75 hari setahun dengan syarat pegawai mengemukakan sijil sakit yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan/pergigian berdaftar. 7. Kebenaran untuk tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan ini tidak memutuskan kontrak yang berkuat kuasa kepada pegawai. Walau bagaimanapun, pegawai tidak layak dibayar sebarang emolumen bagi tempoh tersebut. Sekiranya pegawai masih tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan melebihi tempoh 75 hari setahun, kontrak pegawai hendaklah ditamatkan. Cuti Bersalin Secara Tanpa Gaji Untuk Bukan Warganegara 8. Pegawai kontrak bukan warganegara boleh diberi Cuti Bersalin secara tanpa gaji tidak melebihi 60 hari, terhad kepada maksimum sebanyak lima (5) kelahiran sepanjang tempoh perkhidmatan. Cuti Bersalin secara tanpa gaji tidak memutuskan tempoh kontrak yang berkuat kuasa kepada pegawai. Pemendekan Notis Penamatan Perkhidmatan 9. Permohonan pemendekan notis penamatan kontrak boleh dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan jika pegawai ditawarkan pelantikan lain atau ditawarkan kursus pra perkhidmatan dalam perkhidmatan awam.

 9 UP.1.1.1 Pembayaran Ganjaran Kepada Pegawai Kontrak Yang Menamatkan Perkhidmatan 10. Pembayaran ganjaran boleh dipertimbangkan kepada pegawai kontrak yang menamatkan kontrak kerana mendapat tawaran pelantikan dalam perkhidmatan awam termasuk mengikuti kursus pra perkhidmatan tertakluk pegawai telah memberi perkhidmatan yang memuaskan. PELAKSANAAN 11. Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan semua urusan pelantikan secara kontrak berpandukan dasar, peraturan dan prosedur yang dilampirkan bersekali dengan Ceraian ini dalam Lampiran UP.1.1.1. 12. Dasar, peraturan dan prosedur pelantikan pegawai kontrak mengikut Ceraian ini adalah terpakai bagi pelantikan kontrak perkhidmatan (contract of service) sahaja. Bagi pelantikan kontrak untuk perkhidmatan (contract for service), Ketua Jabatan hendaklah merujuk kepada Perbendaharaan Malaysia (yang pada masa ini diuruskan oleh Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan). KEKECUALIAN 13. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian ini hendaklah mendapatkan pertimbangan dan kelulusan KPPA. Ceraian ini juga tidak membatalkan penurunan kuasa pelantikan kontrak yang khusus dikeluarkan bagi skimskim perkhidmatan tertentu melalui Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling Perkhidmatan/ surat edaran berkaitan. Ceraian ini juga tidak menghalang penurunan kuasa pelantikan kontrak bagi skim-skim perkhidmatan yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. PEMANTAUAN 14. Ketua Jabatan hendaklah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam Ceraian ini dan peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa. JPA pada bila-bila masa akan membuat naziran ke mana-mana agensi bagi menentukan pelantikan yang dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan.

 10 UP.1.1.1 PEMBATALAN 15. Dengan berkuat kuasa Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008: Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service) adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 16. Semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah menerima pakai Ceraian ini supaya segala keputusan Kerajaan berkaitan dengan pelantikan kontrak dapat dikuat kuasakan dengan seragam. Walau bagaimanapun, bagi Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, kuasa menimbang pelantikan secara kontrak adalah seperti berikut:

 11 UP.1.1.1 Kategori Calon Kategori/ Gred Jawatan Kuasa Menimbang Warganegara (bukan pesara) Kumpulan Pengurusan Tertinggi KSN Kumpulan P&P Gred 53/54 atau setaraf KPPA Kumpulan P&P Gred 52 atau setaraf dan ke bawah dan Kumpulan Sokongan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) agensi berkenaan Warganegara (pesara) Kumpulan Pengurusan Tertinggi Y.A.B. Perdana Menteri dengan perakuan KSN Kumpulan P&P Gred 53/54 atau setaraf KPPA Kumpulan P&P Gred 52 atau setaraf dan ke bawah dan Kumpulan Sokongan PBM agensi berkenaan Bukan Warganegara (kecuali pelantikan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dinyatakan dalam Ceraian UP.1.1.4) Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan P&P Gred 46 hingga 54 atau setaraf KSN Kumpulan P&P Gred 45 atau setaraf dan ke bawah dan Kumpulan Sokongan KPPA 17. Ceraian ini tidak terpakai dalam penetapan gaji dan gred jawatan bagi pelantikan secara kontrak pengisian jawatan Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Sulit atau Setiausaha Akhbar kepada Menteri dan Timbalan Menteri. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 1-1 Lampiran UP.1.1.1 KERAJAAN MALAYSIA DASAR DAN PROSEDUR PELANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 1-2 KANDUNGAN BAHAGIAN TAJUK MUKA SURAT BAHAGIAN I DEFINISI DAN DASAR PELANTIKAN Definisi 1-7 Dasar Umum 1-10 Dasar Pelantikan Pesara 1-12 Pelantikan Pesara Pilihan 1-14 BAHAGIAN II SYARAT PELANTIKAN Syarat Umum 1-15 Pelantikan Di Bawah Peruntukan Objek Sebagai (OS) 11000 1-18 Pelantikan Di Bawah Peruntukan OS29000 1-18 Pelantikan Ke Gred Kenaikan Pangkat 1-19 Tempoh Kontrak 1-20 Syarat Pelantikan Pesara 1-20 Syarat Pelantikan Bekas Pegawai 1-20 Pelantikan Kontrak Kerajaan dengan Kerajaan 1-21 BAHAGIAN III KUASA MENIMBANG Kuasa Menimbang Pelantikan Secara Kontrak 1-22 BAHAGIAN IV PROSEDUR PELANTIKAN Prosedur Umum 1-24 Dokumen Pelantikan 1-24 Prosedur Pelantikan Warganegara (Bukan Pesara) - Pelantikan Ke Jawatan Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi 1-26 - Pelantikan Ke Jawatan Gred 53/54 Atau Setaraf Dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) 1-28

 1-3 BAHAGIAN TAJUK MUKA SURAT - Pelantikan Ke Jawatan Gred 41 Hingga 52 Dalam Kumpulan P&P 1-30 - Pelantikan Ke Jawatan Dalam Kumpulan Sokongan 1-34 Prosedur Pelantikan Pesara - Pelantikan Ke Jawatan Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi 1-38 - Pelantikan Ke Jawatan Gred 53/54 atau setaraf Dalam Kumpulan P&P 1-40 - Pelantikan Ke Jawatan Gred 41 Hingga 52 Atau Setaraf Dalam Kumpulan P&P 1-42 - Pelantikan Ke Jawatan Dalam Kumpulan Sokongan 1-46 Prosedur Pelantikan Bukan Warganegara - Pelantikan Ke Jawatan Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi 1-50 - Pelantikan Ke Jawatan Gred 46 Hingga 54 Atau Setaraf Dalam Kumpulan P&P 1-52 - Pelantikan Ke Jawatan Gred 41 Hingga 45 Atau Setaraf Dalam Kumpulan P&P 1-54 - Pelantikan Ke Jawatan Dalam Kumpulan Sokongan 1-56 Tempoh Sah Laku Tawaran Pelantikan Kontrak 1-58 Tarikh Kuat Kuasa Pelantikan 1-58 Pelantikan Semula 1-58

 1-4 BAHAGIAN TAJUK MUKA SURAT BAHAGIAN V PENETAPAN GAJI PERMULAAN DAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN Prinsip Umum 1-60 Penetapan Gaji Bukan Pesara (Warganegara dan Bukan Warganegara) 1-60 Penetapan Gaji Pesara 1-62 Penetapan Gaji Pesara Pilihan 1-63 Gaji Pukal 1-63 Pergerakan Gaji Tahunan 1-63 BAHAGIAN VI ELAUN DAN KEMUDAHAN Prinsip 1-64 Elaun 1-64 Kemudahan 1-64 Senarai Elaun dan Kemudahan 1-70 BAHAGIAN VII PENAMATAN KONTRAK Penamatan Kontrak 1-71 Pindaan Syarat Kontrak 1-71 BAHAGIAN VIII GANJARAN DAN CARUMAN KWSP Ganjaran 1-72 Caruman KWSP 1-73 BAHAGIAN IX PELBAGAI Tanggungjawab Ketua Jabatan 1-75 Tanggungjawab Pegawai 1-77 Menghadiri Kursus 1-78 Jawatankuasa Pelantikan Kontrak 1-79 Penghantaran Maklumat Kepada Agensi Pusat 1-79

 1-6 SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT Lampiran A Format Akuan Berkanun 1-81 Lampiran B Format Surat Akujanji 1-82 Lampiran C Format Akta Rahsia Rasmi 1972 1-83 Lampiran D Borang Perakuan Pelantikan Pegawai Kontrak 1-84 Lampiran E Format Kertas Pertimbangan 1-88 Lampiran F Format Perakuan Pelantikan 1-90 Lampiran G Syarat-syarat Pelantikan Secara Kontrak 1-91 Lampiran H Borang Perakuan Pelantikan Semula Pegawai Kontrak 1-92 Lampiran I Contoh Borang Perjanjian Pegawai Kontrak 1-94 Lampiran J Borang Pengesahan Tarikh Melapor Diri Bertugas 1-102 Lampiran K Contoh Form Of Agreement For Contract Officers 1-103 Lampiran L Contoh Senarai Elaun Dan Kemudahan 1-110 Lampiran M Kuasa Menamatkan Perkhidmatan Pegawai Kontrak 1-112 Lampiran N Statistik Pegawai Kontrak 1-114 Lampiran O Borang Maklumat Pegawai Kontrak 1-115

 1-7 BAHAGIAN I DEFINISI DAN DASAR PELANTIKAN Definisi 1. Dalam Ceraian ini: “agensi” atau “agensi awam” bermaksud kementerian, jabatan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri), Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) atau Pihak Berkuasa Tempatan; “ahli keluarga” bermaksud bagi pasangan pegawai (suami/ isteri) dan anakanak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai iaitu anak kandung, anak tiri atau anak angkat yang diambil mengikut undang-undang di bawah umur 18 tahun atau sekiranya masih bersekolah di bawah umur 21 tahun. Bagi anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had umur ini tidak akan dipakai; “calon” bermaksud seseorang, sama ada warganegara (termasuk pesara) atau bukan warganegara termasuk Penduduk Tetap (PR), yang dipertimbangkan untuk dilantik secara kontrak berkhidmat dengan mana-mana agensi awam; “gaji” bermaksud gaji pokok yang ditawarkan/ diterima mengikut Jadual Gaji Matriks; “gaji akhir” bermaksud: (i) bagi pesara, gaji hakiki bulanan yang akhir diterima sehari sebelum pegawai bersara dan bukan gaji yang telah diselaraskan untuk tujuan pencen berikutan perubahan gaji yang diputuskan oleh Kerajaan; dan

 1-8 (ii) bagi pegawai kontrak yang dilantik semula, gaji yang terakhir diterima dalam perkhidmatan kontrak sebelumnya, dengan syarat gaji tersebut telah dibayar dengan teratur; “Ketua Jabatan” bermaksud pegawai yang mengetuai sesebuah agensi di peringkat ibu pejabat, iaitu termasuk Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Ketua Perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditetapkan oleh KPPA sebagai Ketua Jabatan; “Ketua Perkhidmatan” bermaksud pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan; “Ketua Setiausaha Kementerian” bermaksud : i) bagi Kementerian, pegawai yang mengetuai Kementerian berkenaan; dan ii) bagi Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya secara bertulis untuk bertindak bagi pihaknya; “mata gaji minimum” bermaksud mata gaji terendah di Peringkat 1 (P1) dalam Jadual Gaji Matriks atau mata gaji pertama dalam skel gaji sebaris; “mata gaji permulaan” bermaksud mata gaji masuk seperti yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan; “pegawai” bermaksud pegawai lantikan kontrak yang sedang berkhidmat dalam tempoh kontraknya; “pelantikan kali pertama” bermaksud: (i) pelantikan seseorang calon yang belum pernah berkhidmat secara kontrak dengan mana-mana agensi awam;

 1-9 (ii) bagi mereka yang pernah berkhidmat secara kontrak, perkhidmatan itu telah terputus disebabkan oleh peletakan jawatan atau penamatan perkhidmatan kontrak dan tempoh yang terputus itu melebihi enam (6) bulan; (iii) pegawai kontrak yang dilantik semula oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM) yang berlainan; atau (iv) pegawai kontrak yang dilantik semula ke jawatan lain dalam skim perkhidmatan atau gred jawatan yang berlainan oleh PBM yang sama; “pelantikan kontrak” bermaksud pelantikan seseorang calon atau pegawai untuk berkhidmat dengan agensi awam yang diuruskan mengikut ceraian ini bagi tempoh tertentu berasaskan kepada syarat perkhidmatan seperti yang dipersetujui dalam perjanjian kontrak yang ditandatangani oleh calon atau pegawai dengan PBM; “pelantikan semula” bermaksud tawaran kontrak melalui satu perjanjian kontrak yang baru kepada seseorang pegawai di jawatan, gred dan perkhidmatan yang sama, yang diluluskan oleh PBM yang mana tarikh kuat kuasa kontrak yang baru itu dibuat dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh tamat kontrak sebelumnya; “perkhidmatan awam” bermaksud Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan; “pesara” bermaksud seseorang pegawai perkhidmatan awam (warganegara) yang telah bersara atau dibersarakan mengikut undang-undang pencen yang berkenaan yang layak dipertimbangkan untuk dilantik semula secara kontrak;

 1-10 “pihak berkuasa melantik (PBM)” bermaksud pihak berkuasa melantik bagi sesebuah agensi yang diberi kuasa untuk melantik seseorang berkhidmat dengannya. Ini termasuklah Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan yang diwakilkan kuasa secara sah oleh PBM; “perkhidmatan gunasama” bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) atau Ketua Akauntan Negara. Skim perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya KPPA ialah Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Latihan Vokasional, Pegawai Psikologi, Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Penolong Pegawai Psikologi, Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi), Juruteknik Komputer, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Pegawai Khidmat Pelanggan, Operator Komputer dan Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip) atau perkhidmatan lain yang ditentukan oleh KPPA dari semasa ke semasa. Manakala, perkhidmatan gunasama di bawah Ketua Akauntan Negara adalah skim perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data; “perkhidmatan bukan gunasama” bermaksud perkhidmatan selain daripada perkhidmatan gunasama;

 1-11 Dasar Umum 2. Kerajaan membenarkan pelantikan secara kontrak dibuat dalam keadaan berikut: (i) jawatan yang tidak boleh diisi melalui pelantikan secara tetap; (ii) bentuk tugas yang hendak dilaksanakan lebih sesuai dijalankan oleh pegawai kontrak; (iii) wujud keperluan untuk menawarkan syarat pelantikan yang berlainan, khususnya dari segi gaji, elaun dan kemudahan tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa; (iv) untuk mengurangkan pergantungan kepada pelantikan secara tetap kerana pelantikan secara kontrak lebih mudah diurus dan menjimatkan dalam jangka masa panjang; (v) agensi memerlukan calon yang mempunyai kelayakan, pengalaman, kemahiran, kepakaran dan bakat bagi melaksanakan tugas jawatan yang ditetapkan; (vi) tempoh perkhidmatan yang diperlukan adalah terhad; vii) bagi membolehkan penilaian dibuat dalam tempoh kontrak sebelum pegawai dipertimbangkan untuk dilantik secara tetap; atau viii) sebagai langkah sementara mengisi jawatan tetap sebelum pelantikan tetap dibuat. 3. Keutamaan pelantikan secara kontrak hendaklah diberi kepada calon warganegara. Calon dari kalangan bukan warganegara hanya boleh dipertimbangkan

 1-12 jika calon warganegara yang layak dan sesuai tidak diperolehi atau bilangan mereka tidak mencukupi. 4. Pelantikan secara kontrak ke jawatan dan gred kenaikan pangkat dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) boleh dipertimbangkan sekiranya Ketua Jabatan mempunyai justifikasi yang kukuh bahawa pelantikan itu tidak menjejaskan pelan penggantian dan peluang kenaikan pangkat pegawai sedang berkhidmat serta calon yang diperakukan mempunyai kelebihan dari segi kelayakan, pengalaman, kemahiran dan kesesuaian jika dibandingkan dengan pegawai tetap. Pelantikan bukan pesara bagi mengisi jawatan gred kenaikan pangkat hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman yang relevan. 5. Pelantikan secara kontrak ke jawatan gred kenaikan pangkat dalam perjawatan tetap bagi Kumpulan Sokongan tidak dibenarkan. 6. Mana-mana ketetapan dalam Ceraian ini yang menghendaki sesuatu perakuan pelantikan itu dikemukakan kepada KPPA, KSN dan Perdana Menteri adalah terpakai bukan sahaja bagi pelantikan ke Perkhidmatan Awam Persekutuan, tetapi juga pelantikan ke Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan kecuali yang dinyatakan sebaliknya dalam mana-mana Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Ceraian yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Dasar Pelantikan Pesara 7. Pesara hanya boleh dilantik semula secara kontrak bergantung kepada keperluan sesebuah agensi terhadap perkhidmatan yang boleh disumbangkan dan disahkan sihat oleh pengamal perubatan/ pergigian berdaftar. 8. Pesara yang boleh dipertimbangkan untuk dilantik berkhidmat dengan agensi awam ialah pegawai yang bersara atau dibersarakan dalam keadaan berikut:

 1-13 (i) bersara di bawah subseksyen 10(1) Akta Pencen 1980 [Akta 227] atau Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] kerana mencapai umur persaraan wajib; (ii) bersara di bawah subseksyen 10(5)(a) Akta 227 atau Akta 239 atas sebab kesihatan, dengan syarat telah disahkan sihat oleh Lembaga Perubatan yang dilantik oleh PBM; (iii) dibersarakan di bawah subseksyen 10(5)(b) atau 10(5)(c) Akta 227 atau Akta 239 tanpa melalui opsyen disebabkan oleh penghapusan jawatan / penyusunan semula agensi; (iv) bersara di bawah subseksyen 11(a)(i) atau 11(b)(i) Akta 227 atau 11(a) Akta 239 atas kehendak Kerajaan; (v) bersara di bawah seksyen 12A Akta 227 atau seksyen 13 Akta 239 kerana memasuki pertubuhan lain; atau (vi) bersara di bawah peraturan pencen Angkatan Tentera Malaysia. 9. Pegawai yang telah bersara atau dibersarakan dalam keadaan berikut tidak boleh dilantik semula: (i) pegawai yang dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(b) Akta 227 atau Akta 239 akibat daripada keputusan pegawai menolak pilihan berkhidmat dengan syarikat swasta atau agensi yang mengambil alih agensi awam tempat mereka berkhidmat dalam sesuatu urusan penswastaan; (ii) pegawai yang bersara di bawah seksyen 12A Akta 227 atau seksyen 13 Akta 239 kerana menyertai syarikat dalam penswastaan agensi awam; (iii) pegawai yang dibersarakan di bawah subseksyen 10(5)(d) Akta 227 atau Akta 239 atas kepentingan awam;

 1-14 (iv) pegawai yang dibersarakan di bawah subseksyen 10(5) (e) Akta 227 atau Akta 239 kerana memperolehi kewarganegaraan negara asing; (v) pegawai yang dibersarakan di bawah subseksyen 10(5) (f) Akta 227 atau Akta 239 kerana membuat pernyataan palsu; (vi) pegawai yang bersara secara pilihan di bawah seksyen 12, Akta 227 atau Akta 239; atau (vii) pegawai yang bersara di bawah subseksyen 11(a)(ii) atau 11(b)(ii) Akta 227 atau 11(b) Akta 239 kerana persaraan demi kepentingan perkhidmatan awam. Pelantikan Pesara Pilihan 10. Pelantikan semula pegawai yang telah bersara secara pilihan mengikut peruntukan seksyen 12 Akta 227 atau Akta 239 tidak boleh dibuat kecuali atas kehendak Kerajaan kerana perkhidmatannya amat diperlukan. Dalam konteks ini “Kerajaan” bermaksud Y.A.B. Perdana Menteri, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri atau KSN. 11. Cadangan pelantikan pesara pilihan hanya boleh dipertimbangkan oleh PBM melalui JPA setelah mendapat persetujuan Y.A.B. Perdana Menteri atau Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan KSN bagi Kumpulan P&P dan Kumpulan Sokongan. 12. Pesara pilihan boleh dipertimbangkan untuk dilantik atau dilantik semula secara kontrak mengikut prosedur pelantikan pesara sekiranya melebihi umur persaraan wajib yang ditetapkan oleh undang-undang pencen.

 1-15 BAHAGIAN II SYARAT PELANTIKAN Syarat Umum 13. Calon yang hendak diambil berkhidmat secara kontrak, sama ada warganegara (termasuk pesara) atau bukan warganegara, hendaklah: 13.1 Syarat Dalam Skim Perkhidmatan (i) memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang ditawarkan kepada calon. Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan calon berdaftar dengan badan profesional, urusan pendaftaran hendaklah dibuat terlebih dahulu sebelum calon dilantik secara kontrak; (ii) bagi calon bukan warganegara, syarat kewarganegaraan dan kelulusan Bahasa Malaysia dikecualikan; dan (iii) sebarang kelonggaran daripada syarat-syarat dalam skim perkhidmatan perlu mendapat kelulusan KPPA. Permohonan kelonggaran syarat skim perkhidmatan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), JPA. 13.2 Had Umur (i) had umur minimum bagi calon warganegara ialah 18 tahun. Bagi calon bukan warganegara, had umur minimum ialah 27 tahun dan sebarang pengecualian perlu mendapat kelulusan Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN);

 1-16 (ii) had umur maksimum adalah seperti berikut : Kategori Calon/Pegawai Had Umur Maksimum Warganegara (bukan pesara) 56 tahun Bukan warganegara 56 tahun Pesara 60 tahun Warganegara termasuk pesara dan bukan warganegara yang dilantik sebagai Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pensyarah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Pembantu Perubatan dan perkhidmatan lain jika diputuskan oleh KPPA 65 tahun Had umur maksimum ini tertakluk kepada keperluan perkhidmatan, prestasi kerja yang baik dan disahkan sihat; dan (iii) pelantikan calon yang telah atau yang akan mencapai had umur maksimum tersebut dalam tempoh kontrak perlu mendapat kelonggaran had umur daripada KPPA. Permohonan kelonggaran had umur hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Perkhidmatan, JPA. 14. Calon yang telah dipilih dan diluluskan oleh PBM untuk dilantik hendaklah memenuhi syarat berikut sebelum melapor diri bertugas:

 1-17 14.1 Pemeriksaan Kesihatan (i) bagi pelantikan kali pertama, calon perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan diakui sihat oleh pengamal perubatan/ pergigian berdaftar. Pegawai yang dilantik semula yang berumur kurang 56 tahun tidak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan kecuali terdapat keperluan untuk berbuat demikian; dan (ii) calon atau pegawai yang berumur lebih 56 tahun, sama ada untuk lantikan kali pertama atau lantikan semula, hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat oleh pengamal perubatan / pergigian berdaftar. 14.2 Akuan Berkanun Membuat akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 13] bahawa calon: (i) tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah; (ii) tidak pernah dibuang kerja; (iii) bukannya penagih dadah; (iv) tidak memiliki kewarganegaraan asing (tidak terpakai bagi bukan warganegara); dan (v) bukan seorang bankrap.

 1-18 Format Akuan Berkanun adalah seperti di Lampiran A. 14.3 Tapisan Keselamatan dan Keutuhan Pegawai yang dilantik kali pertama perlu melalui dan lulus tapisan keselamatan. Jika perlu, tapisan keutuhan Suruhannjaya Pencegahan Rasuah Malaysia boleh disyaratkan bagi tujuan pelantikan. 14.4 Pas Penggajian Calon bukan warganegara dikehendaki mendapatkan Pas Penggajian daripada Bahagian Pas Penggajian, Jabatan Imigresen Malaysia. 14.5 Surat Aku Janji Menandatangani Surat Aku Janji di hadapan Ketua Jabatan bagi pegawai yang dilantik kali pertama. Pegawai yang dilantik semula tidak dikehendaki menandatangani Surat Aku Janji yang baru. Format Surat Aku Janji adalah seperti di Lampiran B. 14.6 Akta Rahsia Rasmi 1972 Pegawai dikehendaki menandatangani dan mematuhi peruntukan dalam Akta Rahsia Rasmi 1972. Format Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah seperti di Lampiran C. Pelantikan di bawah Peruntukan Objek Sebagai (OS) 11000 15. Pelantikan di bawah peruntukan OS11000 ialah pelantikan yang mengisi manamana jawatan kosong dalam senarai perjawatan sedia ada. Oleh itu, agensi boleh menguruskan pelantikan calon terus kepada PBM berkenaan berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Jika pelantikan diluluskan oleh PBM, emolumen pegawai hendaklah dibayar di bawah peruntukan OS11000.

 1-19 Pelantikan Di Bawah Peruntukan OS29000 16. Pelantikan di bawah peruntukan OS29000 ialah pelantikan yang tidak mengisi mana-mana jawatan kosong seperti dalam senarai perjawatan sedia ada. Walau bagaimanapun, pelantikan ini masih tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa. Cadangan pelantikan di bawah peruntukan OS29000 ini hendaklah disertakan dengan memberikan justifikasi mengenai keperluan perkhidmatan calon yang dilantik menggunakan peruntukan berkenaan. Cadangan perlu dikemukakan kepada BPO, JPA yang kemudiannya akan memperakukan kepada Pejabat Belanjawan Negara, Perbendaharaan Malaysia untuk kelulusan. Setelah kelulusan Perbendaharaan Malaysia diperolehi, agensi hendaklah menguruskan pelantikan calon berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Jika pelantikan diluluskan oleh PBM, emolumen pegawai hendaklah dibayar di bawah peruntukan OS29000. Pelantikan Ke Gred Kenaikan Pangkat 17. Pelantikan ke gred kenaikan pangkat dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan P&P hanya boleh dipertimbangkan jika: (i) pelantikan yang dicadangkan itu tidak akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai tetap dalam skim perkhidmatan yang sama. Sekiranya peluang kenaikan pangkat tidak terjejas, pelantikan boleh dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat di bawah peruntukan OS11000. Sekiranya terdapat keperluan tambahan kepada perjawatan sedia ada, pelantikan secara kontrak atas gred kenaikan pangkat boleh dibuat dengan menggunakan peruntukan OS29000; (ii) calon mempunyai kelayakan, pengalaman dan kemahiran yang lebih baik jika dibandingkan dengan pegawai dalam perkhidmatan tetap; dan (iii) tawaran pelantikan tersebut dapat menarik calon berkualiti yang amat diperlukan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy