Pelantikan

 13 UP.1.1.2 PELAKSANAAN Syarat-Syarat Perlantikan Secara Kontrak/Sementara 5. Semua agensi yang ingin mengambil kakitangan melalui perlantikan secara kontrak hendaklah mempastikan bahawa mereka memang benar-benar perlukan calon-calon berkenaan selepas usaha-usaha berikut telah dilaksanakan: a) jika urusan kontrak itu dibuat melalui perlantikan secara yang diuraikan pada perenggan 3(b) di atas agensi berkenaan hendaklah membuktikan usaha-usaha telah dibuat untuk mendapatkan calon-calon warganegara tetapi tidak berhasil. Pembuktian boleh dibuat dengan mengemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam salinan-salinan iklan yang dibuat serta ulasan ringkas tentang sambutan ke atas iklan tersebut; dan b) telah gagal mendapat calon-calon warganegara yang layak dan sesuai mengikut syarat- syarat skim perkhidmatan jawatan berkenaan. 6. Semua permohonan bagi perlantikan bukan warganegara perlu mendapat kelulusan Ketua Setiausaha Negara. Walau bagaimanapun permohonan ini hendaklah disalurkan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam dan selepas dikaji Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengemukakan permohonan itu kepada Ketua Setiausaha Negara. Setiap permohonan perlu dilengkapkan dengan borang-borang seperti di Lampiran UP.1.1.2(A). Semasa mengemukakan permohonan ke Jabatan Perkhidmatan Awam agensi-agensi yang berkenaan hendaklah menyalinkan surat permohonan itu ke Kementerian Dalam Negeri untuk tapisan keselamatan. Sayugia diingatkan iaitu pihak Jabatan Imigresen tidak akan mengeluarkan Pas Lawatan (Kerja Sementara) sebelum mendapat surat kelulusan dari Jabatan Perkhidmatan Awam. 7. Lantikan kontrak yang pertama hendaklah bagi tempoh 3 tahun sahaja. Jika Jawatan tersebut masih tidak dapat diisi dengan lantikan biasa sedangkan tugas-tugasnya mustahak dijalankan terus, maka pembaharuan selama 2 tahun lagi bolehlah dipohon dengan mengemukakan alasan-alasan dan dokumen-dokumen seperti di Lampiran UP.1.1.2(B) dengan lengkap. Pembaharuan kontrak hendaklah diputuskan dengan satu hari perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy