Pelantikan

 22 UP.1.1.4 (b) membuat akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 13]; (c) lulus tapisan keselamatan; (d) menandatangani Surat Aku Janji; dan (e) mematuhi peruntukan dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]. (v) tempoh sesuatu kontrak antara 1 hingga 3 tahun. IPTA hendaklah menyediakan pelan penggantian (succession plan) supaya pelantikan kontrak tidak berpanjangan dan tugas berkenaan boleh dilaksanakan pegawai lantikan tetap pada masa akan datang; (vi) had umur minimum bagi pelantikan secara kontrak ialah: (a) 18 tahun bagi warganegara; dan (b) 27 tahun bagi bukan warganegara. Sebarang pengecualian perlu mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN); (vii) had umur maksimum bagi pelantikan secara kontrak ialah: (a) 60 tahun bagi pesara; dan (b) 56 tahun bagi warganegara (bukan pesara) dan bukan warganegara. Walau bagaimanapun, had umur maksimum bagi semua pelantikan secara kontrak mengisi jawatan Pensyarah Universiti, Pensyarah UiTM, Pensyarah Perubatan, Pensyarah Pergigian, Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pembantu Perubatan adalah 65 tahun. (viii) calon di kalangan pesara yang hendak dilantik merupakan pegawai agensi awam (warganegara) yang telah bersara atau dibersarakan dalam keadaan berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy