Pelantikan

 24 UP.1.1.4 (xii) pelantikan secara kontrak calon bukan warganegara hendaklah bagi bidang-bidang kritikal yang tiada calon warganegara yang sesuai serta calon berkenaan mempunyai kelayakan akademik, pengalaman dan kepakaran yang diperlukan. Bidang-bidang kritikal ini akan ditentukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT); (xiii) tempoh keseluruhan pelantikan secara kontrak pegawai bukan warganegara mestilah tidak melebihi 10 tahun termasuk di PBM yang berlainan. Sebarang pelantikan secara kontrak melebihi tempoh tersebut mestilah mendapat kelulusan KDN terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, syarat ini dikecualikan bagi Penduduk Tetap; (xiv) calon bukan warganegara dikehendaki mendapatkan Pas Penggajian daripada Jabatan Imigresen Malaysia; (xv) bilangan calon/ pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak hendaklah mengikut kuota yang ditetapkan KPT; dan (xvi) keutamaan hendaklah diberi kepada calon bukan warganegara daripada negara-negara maju untuk dilantik berkhidmat secara kontrak di IPTA. 6. Pelantikan secara kontrak di bawah Ceraian ini adalah merupakan pelantikan Contract Of Service yang mengikut skim perkhidmatan yang berkuat kuasa. Pelantikan Contract For Service hendaklah dirujuk kepada Kementerian Kewangan Malaysia. 7. Pelantikan secara kontrak bagi mengisi jawatan tetap di bawah OS11000 dan pelantikan secara kontrak tanpa jawatan di bawah OS29000 boleh diuruskan terus oleh IPTA dengan Kementerian Kewangan Malaysia selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2002. Bagi pengisian di bawah peruntukan OS29000, pihak IPTA perlu memastikan perkhidmatan calon amat diperlukan dan peruntukan kewangan sedia ada adalah mencukupi. KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN Calon Warganegara (Bukan Pesara) dan Bukan Warganegara 8. Gaji permulaan kontrak yang hendak ditawarkan adalah mengikut prinsip berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy