Pelantikan

 1-75 (k) memastikan pegawai kontrak mengemukakan apa-apa tuntutan yang berkaitan dengan gaji dan elaun semasa dalam tempoh kontrak; (l) memastikan pemindahan kepakaran oleh pegawai kontrak, khususnya pegawai bukan warganegara dan pesara kepada pegawai warganegara dilaksanakan dengan cara yang terancang; (m) memastikan pegawai kontrak tidak terikat dengan kontrak perkhidmatan di agensi awam yang lain atau swasta supaya pegawai dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam melaksanakan tugas jawatan kontraknya; dan (n) mengumpul dengan lengkap dan sistematik maklumat pegawai kontrak untuk kemudahan perancangan dan pemantauan. Maklumat yang sama perlu dikemukakan setiap enam (6) bulan atau pada bila-bila masa yang diperlukan kepada JPA dengan menggunakan format di Lampiran N. Tanggungjawab Pegawai 69. Setiap pegawai bertanggungjawab: (i) mematuhi semua syarat pelantikan kontrak yang telah ditetapkan; (ii) memahami dan menandatangani perjanjian kontrak dan mengembalikannya kepada PBM melalui Ketua Jabatan dalam tempoh yang ditetapkan; (iii) melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan profesional; (iv) mematuhi undang-undang dan peraturan termasuk yang berkaitan dengan penyimpanan rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy