Pelantikan

 28 UP.1.1.4 Am 12. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pelantikan secara kontrak seperti tarikh kuat kuasa pelantikan, Tarikh Pergerakan Gaji, Pergerakan Gaji Tahunan, elaun dan kemudahan, ganjaran, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, penamatan kontrak, pindaan syarat kontrak dan borang perjanjian kontrak hendaklah berdasarkan peraturan pelantikan secara kontrak dalam PP 2/2003 atau peraturan berkaitan yang berkuat kuasa. Pemantauan 13. Setiap IPTA yang menguruskan pelantikan secara kontrak melalui penurunan kuasa ini hendaklah mengemukakan maklumat secara berkala setiap 3 bulan kepada KPT dan JPA tidak lewat daripada minggu pertama bulan keempat seperti mana format di Lampiran UP.1.1.4(B). 14. KPT bertanggungjawab untuk memantau bagi memastikan semua pelantikan kontrak oleh IPTA adalah teratur mengikut Ceraian ini dan peraturan pelantikan secara kontrak yang sedang berkuat kuasa. 15. KPT dan JPA akan membuat naziran ke IPTA bagi menentukan pelantikan yang dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan melalui Ceraian ini dan peraturan pelantikan secara kontrak yang berkuat kuasa. 16. Pelantikan secara kontrak pesara Kerajaan sebagai Pensyarah Universiti, Pensyarah UiTM, Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian di IPTA masih tertakluk kepada prinsip dan syarat yang terdapat dalam Ceraian UP.1.1.3. 17. Penurunan kuasa ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sekiranya terdapat ketidakpatuhan kepada peraturan yang ditetapkan atau apa-apa sebab yang diputuskan oleh Kerajaan. PENGECUALIAN 18. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian ini hendaklah mendapatkan pertimbangan dan kelulusan KPPA.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy