Pelantikan

 46 CERAIAN UP.1.1.11 PENGAMBILAN PEGAWAI LANTIKAN KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) UNTUK TUJUAN PELANTIKAN TETAP TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memaklumkan mengenai Pengambilan Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Untuk Tujuan Pelantikan Tetap . LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah memutuskan bahawa pegawai lantikan secara kontrak perkhidmatan (Contract of Service) yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun boleh dilantik secara tetap mulai 1 Julai 2016 tertakluk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Keputusan ini adalah atas dasar keprihatinan Kerajaan terhadap sumbangan dan khidmat bakti pegawai kepada negara. PELAKSANAAN 3. Panduan Pengambilan Pegawai Lantikan Kontrak (Contract of Service) Untuk Tujuan Pelantikan Secara Tetap adalah seperti di Lampiran UP.1.1.11. Keputusan ini adalah terpakai di Perkhidmatan Awam Persekutuan. Bagi Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan, pelaksanaannya adalah tertakluk kepada penerimaan pakai keputusan ini oleh pihak berkuasa masing-masing. PEMBATALAN 4. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Surat Edaran JPA.BK(S)173/18 Jld. 20(12) bertarikh 31 Mac 2016: Pengambilan Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Untuk Tujuan Pelantikan Tetap dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy