Pelantikan

 23 UP.1.1.4 (a) bersara di bawah subseksyen 10(1) Akta Pencen 1980 [Akta 227] atau Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] kerana mencapai umur persaraan wajib; (b) bersara di bawah subseksyen 10(5)(a) Akta 227 atau Akta 239 atas sebab kesihatan, dengan syarat telah disahkan sihat oleh Lembaga Perubatan yang dilantik oleh PBM; (c) dibersarakan di bawah subseksyen 10(5)(b) atau 10(5)(c) Akta 227 atau Akta 239 tanpa melalui opsyen disebabkan oleh penghapusan jawatan / penyusunan semula agensi; (d) bersara di bawah seksyen 11(a)(i) atau seksyen 11 (b)(i) Akta 227 atau seksyen 11(a) Akta 239 atas kehendak Kerajaan; (e) bersara di bawah seksyen 12A Akta 227 atau seksyen 13 Akta 239 kerana memasuki pertubuhan lain; atau (f) bersara di bawah peraturan pencen Angkatan Tentera Malaysia. (ix) calon di kalangan pesara yang hendak dilantik perlu mempunyai kompetensi yang sesuai dan prestasi yang baik berdasarkan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan semasa dalam perkhidmatan sebelum beliau bersara; (x) calon yang dilantik secara kontrak mengisi gred kenaikan pangkat hendaklah mempunyai pengalaman serta memenuhi kriteria yang setara dengan pegawai lantikan tetap yang dinaikkan pangkat ke gred berkenaan. Pengisian secara kontrak ke gred kenaikan pangkat hanya boleh dibuat sekiranya tiada pegawai lantikan tetap sedia ada yang layak dinaikkan pangkat/ memangku ke gred berkenaan; (xi) calon yang dilantik secara kontrak ke gred lebih tinggi untuk mengisi jawatan pensyarah yang memperuntukkan lateral entry, IPTA hendaklah menentukan calon mempunyai pengalaman dan kriteria kecemerlangan yang setara dengan pegawai lantikan tetap yang dinaikkan pangkat ke gred berkenaan. Bagi pelantikan calon bukan warganegara, penetapan gred dan gaji permulaan hendaklah mengikut kaedah yang ditetapkan seperti di Lampiran UP.1.1.4(A);

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy