Pelantikan

 1-8 g) membuat perakuan ke atas pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat pelantikan kepada PBM; h) menyemak gred jawatan dan gaji akhir pegawai supaya teratur dan memaklumkan kepada PBM; i) menempatkan pegawai berdasarkan keperluan perkhidmatan dan keputusan Ketua Perkhidmatan; j) memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam senarai pegawai yang dilantik; dan k) memaklumkan nama pegawai yang menolak tawaran pelantikan tetap kepada PBM untuk dikecualikan dalam urusan pengambilan berikutnya. 22.2 Tanggungjawab Pegawai Ketua Jabatan perlu memastikan perkara berikut dilaksanakan oleh pegawai dalam urusan pelantikan tetap ini: a) mengemukakan permohonan tapisan keselamatan melalui sistem e-Vetting kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan setelah diperakukan oleh Ketua Jabatan; b) menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan berdaftar; c) mengemukakan permohonan pelantikan tetap kepada PBM; d) menjalani tapisan yang disyaratkan oleh PBM melalui Ketua Jabatan; dan e) melaporkan diri bertugas pada tarikh yang ditetapkan. 22.3 Tanggungjawab Pihak Berkuasa Melantik a) melaksanakan tapisan bagi pegawai yang telah diperakukan oleh Ketua Jabatan yang memenuhi syarat pelantikan tetap di perenggan 13; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy