Pelantikan

 19 UP.1.1.3 9. JPA pada bila-bila masa boleh membuat naziran ke mana-mana IPTA bagi menentukan pelantikan yang dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan melalui Ceraian ini dan peraturan pelantikan secara kontrak yang berkuat kuasa. 10. Penurunan kuasa ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sekiranya terdapat ketidakpatuhan kepada peraturan yang ditetapkan atau apa-apa sebab yang diputuskan oleh Kerajaan. PENGECUALIAN 11. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian ini hendaklah mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 12. Dengan berkuat kuasa Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2007: Penurunan Kuasa Pelantikan Secara Kontrak Pesara Kerajaan Sebagai Pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi Awam adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 13. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy