Pelantikan

 26 UP.1.1.4 (b) pada mata gaji lebih tinggi berhampiran di P1 dengan gaji yang diterima di gred jawatan kontrak sebelumnya sekiranya gaji itu lebih tinggi daripada mata gaji minimum tetapi masih rendah daripada mata gaji maksimum di gred jawatan yang ditawarkan; atau (c) pada mata gaji maksimum di P1 sekiranya gaji yang diterima di gred jawatan kontrak sebelumnya lebih tinggi daripada mata gaji maksimum di gred jawatan yang ditawarkan; (viii) gaji permulaan calon yang dilantik kali pertama daripada agensi kerajaan yang tidak menggunakan Jadual Gaji Matriks di bawah sistem saraan kerajaan dan dilantik atas gred yang setaraf serta mempunyai bidang tugas yang sama boleh ditetapkan berdasarkan kepada prinsip seperti di perenggan 8 (i) dan 8 (ii). Pesara 9. Gaji permulaan kontrak yang boleh ditawarkan kepada pesara adalah mengikut prinsip berikut: (i) sekiranya gaji akhir sebelum bersara lebih rendah daripada mata gaji minimum jawatan yang ditawarkan gaji permulaan ditetapkan pada mata gaji minimum di P1; atau (ii) sekiranya gaji akhir itu lebih tinggi daripada mata gaji minimum tetapi masih rendah daripada mata gaji maksimum di P1, ianya ditetapkan pada mata gaji tertinggi berhampiran di P1 dengan gaji akhir tersebut; atau (iii) sekiranya gaji akhir sebelum bersara lebih tinggi daripada mata gaji maksimum di P1 jawatan yang ditawarkan, gaji permulaan ditetapkan pada mata gaji maksimum di P1. 10. Gaji akhir yang dimaksudkan bagi penentuan gaji permulaan kontrak di atas ialah gaji akhir yang diterima sehari sebelum pegawai bersara dan bukan gaji yang telah diselaraskan untuk tujuan pencen berikutan keputusan Kerajaan mengkaji semula gaji dan saraan pegawai awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy