Pelantikan

 32 CERAIAN UP.1.1.6 PELANTIKAN SECARA KONTRAK BAGI PESARA SEBAGAI KETUA PENGARAH/ KETUA HAKIM SYARIE, HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH DAN KETUA HAKIM SYARIE NEGERI-NEGERI TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai had umur maksimum dan tempoh pelantikan secara kontrak pesara sebagai Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) serta Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri. LATAR BELAKANG 2. Pada masa kini, pengisian jawatan Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM serta Ketua Hakim Syarie Negeri- Negeri adalah dilaksanakan melalui kenaikan pangkat bagi pegawai sedang berkhidmat atau secara kontrak dari kalangan pesara. Bagi pesara yang dilantik secara kontrak, had umur maksimum adalah 60 tahun dan tempoh sesuatu kontrak hendaklah tidak melebihi tiga (3) tahun selaras dengan Perenggan 13.2 dan 18, Ceraian UP.1.1.1: Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service). PELAKSANAAN Peraturan Baru 3. Selaras dengan matlamat untuk menambahbaik sistem kehakiman syariah dan seterusnya ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, Kerajaan telah memutuskan supaya tempoh setiap pelantikan secara kontrak pesara yang mengisi jawatan Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM serta Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri adalah tidak melebihi lima (5) tahun sehingga pegawai mencapai had umur maksimum 66 tahun.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy