Pelantikan

 1-70 BAHAGIAN VII PENAMATAN KONTRAK Penamatan Kontrak 57. Kontrak seseorang pegawai boleh dipendek atau ditamatkan oleh pegawai yang diberi kuasa di ruangan pertama Lampiran M atau oleh pegawai itu sendiri mengikut peruntukan dalam perjanjian kontrak atau peraturan lain yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa. 58. Ketua Jabatan atau pegawai boleh menamatkan perkhidmatan kontrak ini dengan memberi notis 30 hari ataupun membayar sebulan gaji sebagai menggantikan notis. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan permohonan pemendekan notis penamatan kontrak dan dengan itu pegawai akan dikecualikan membayar sebulan gaji sebagai ganti notis jika pegawai ditawarkan pelantikan lain atau ditawarkan kursus pra perkhidmatan dalam perkhidmatan awam. Pindaan Syarat Kontrak 59. Syarat kontrak yang telah dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak tidak boleh dipinda. PBM boleh menimbangkan sebarang permohonan untuk membuat pindaan jika pihak yang memohon pindaan itu ada alasan yang munasabah untuk berbuat demikian.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy