Pelantikan

 1-66 54.4 Cuti Tanpa Gaji Boleh dipertimbangkan tidak lebih 30 hari setelah menggenapkan tiga (3) tahun perkhidmatan. Cuti Tanpa Gaji ini hanya untuk tujuan mengerjakan fardhu haji bagi pegawai beragama Islam yang tidak layak mendapat Cuti Haji. Cuti tanpa gaji atas sebab yang lain tidak dibenarkan. 54.5 Cuti Bersalin (i) kemudahan Cuti Bersalin (bergaji penuh) boleh diberi kepada warganegara Malaysia sebanyak lima (5) kali sepanjang perkhidmatan mereka dengan Kerajaan; (ii) pegawai kontrak warganegara yang telah menggunakan semua kelayakan di perenggan (i), dan bagi setiap kali bersalin seterusnya hendaklah diberi Cuti Bersalin secara tanpa gaji setelah menghabiskan kesemua Cuti Rehat yang ia berkelayakan. Bagi maksud tersebut, jumlah Cuti Rehat dan Cuti Bersalin secara tanpa gaji hendaklah tidak melebihi 60 hari mulai tarikh pegawai bersalin; (iii) kemudahan Cuti Bersalin secara tanpa gaji di atas tidak menjejaskan Cuti Tanpa Gaji yang diperuntukkan di perenggan 54.4 dan tidak menyebabkan tempoh kontrak yang berkuat kuasa terputus; dan (iv) kemudahan Cuti Bersalin (bergaji penuh) tidak dipanjangkan kepada bukan warganegara Malaysia. Untuk tujuan bersalin, pegawai kontrak bukan warganegara boleh menggunakan kemudahan Cuti Bersalin secara tanpa gaji tidak melebihi 60 hari setelah menghabiskan kesemua Cuti Rehat yang ia berkelayakan. Kemudahan Cuti Bersalin secara tanpa gaji ini tidak menjejaskan Cuti Tanpa Gaji yang diperuntukkan di (Dibatalkan oleh Ceraian UP.1.1.8)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy