Pelantikan

 1-72 63.3 Ketua Perwakilan Di Seberang Laut (18.5% – peratus kadar caruman majikan dalam KWSP berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa) x (gaji akhir x jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira) – (jumlah faedah ke atas caruman majikan dalam KWSP). Jika jumlahnya negatif (–), pegawai tidak dikehendaki membayar balik jumlah tersebut. Caruman KWSP 64. Pegawai warganegara (termasuk pesara) yang berusia kurang daripada 55 tahun atau tahap usia yang lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa diwajibkan mencarum ke dalam skim KWSP. Pesara yang berumur 55 tahun ke atas boleh memilih sama ada hendak mencarum ke dalam skim KWSP ataupun tidak. Pegawai bukan warganegara adalah diwajibkan mencarum ke dalam skim KWSP mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. 65. Ketua Jabatan hendaklah menghubungi KWSP untuk memperolehi maklumat kadar faedah KWSP caruman majikan bagi tempoh kontrak dan faedah ini hendaklah ditolak daripada ganjaran kontrak. 66. Segala hutang-piutang dengan Kerajaan hendaklah ditolak daripada ganjaran kontrak pegawai berkenaan. Pembayaran ganjaran hanya dilakukan setelah segala syarat kontrak pegawai tersebut dipenuhi dengan memuaskan. 67. Pembayaran ganjaran kontrak hendaklah dibuat daripada peruntukan OS47000 di dalam peruntukan agensi. Pembayaran ganjaran yang layak diterima oleh pegawai hendaklah dibayar setiap kali tamat sesuatu kontrak yang berkuat kuasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy