Pelantikan

 1-9 b) mengeluarkan surat tawaran pelantikan kepada pegawai yang melepasi tapisan. 23. Pegawai kontrak yang dilantik tetap adalah dikecualikan daripada mengemukakan permohonan pemendekan notis penamatan kontrak. 24. Carta alir bagi keseluruhan proses pelaksanaan pelantikan tetap adalah seperti di Lampiran A2. 25. Mengambil kira pegawai perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum permohonan pelantikan tetap dikemukakan kepada PBM, pegawai dan Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan tindakan yang dinyatakan di perenggan 22 sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum perkhidmatan kontrak pegawai genap 15 tahun. PENGECUALIAN 26. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Panduan ini hendaklah mendapat pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMATUHAN TERHADAP CERAIAN UP.1.1.1 27. Bagi membolehkan pengambilan pegawai kontrak untuk tujuan pelantikan secara tetap dipertimbangkan, permohonan pelantikan kontrak di bawah OS29000 yang melibatkan penggantian atau pelanjutan oleh agensi dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pertimbangan sebagaimana yang ditetapkan dalam Ceraian UP.1.1.1. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy