Pelantikan

 17 UP.1.1.3 (vii) pesara boleh dilantik secara kontrak bagi mengisi jawatan pada gred yang sama, setaraf atau lebih rendah dengan gred jawatan sebelum bersara. Pelantikan ke gred jawatan yang lebih tinggi hanya boleh dipertimbangkan sekiranya pesara tersebut memenuhi kriteria yang telah ditetapkan kepada pegawai lantikan tetap untuk dinaikkan pangkat ke gred jawatan yang sama atau setaraf dengan jawatan berkenaan; (viii) Gaji permulaan kontrak yang boleh ditawarkan kepada pesara adalah mengikut prinsip berikut: a) pada mata gaji minimum di Peringkat 1 (P1) sekiranya gaji akhir sebelum bersara lebih rendah daripada mata gaji minimum jawatan yang ditawarkan; atau b) sekiranya gaji akhir itu lebih tinggi daripada mata gaji minimum tetapi masih rendah daripada mata gaji maksimum di P1, ianya ditetapkan pada mata gaji tertinggi berhampiran di P1 dengan gaji akhir tersebut; atau c) pada mata gaji maksimum di P1 sekiranya gaji akhir sebelum bersara lebih tinggi daripada mata gaji maksimum di P1 jawatan yang ditawarkan. Gaji akhir yang dimaksudkan bagi penentuan gaji permulaan kontrak di atas ialah gaji akhir yang diterima sehari sebelum pegawai bersara dan bukan gaji yang telah diselaraskan untuk tujuan pencen berikutan keputusan Kerajaan mengkaji semula gaji dan saraan pegawai awam; dan (ix) Pesara yang dilantik secara kontrak layak dipertimbangkan elaun dan kemudahan mengikut skim perkhidmatan dan gred jawatan yang ditawarkan dengan syarat peruntukan mengenainya dinyatakan dalam perjanjian kontrak yang mereka tandatangani. Pegawai juga layak dibayar elaun dan kemudahan baru, jika ada, yang dikeluarkan dari semasa ke semasa dan dipanjangkan kepada mereka.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy