Pelantikan

 4-1 Lampiran UP.1.1.8(D) Contoh Syarat Pelantikan Pegawai Kontrak (Contract of Service) SYARAT-SYARAT PELANTIKAN SECARA KONTRAK ….(NAMA CALON)… (SKIM PERKHIDMATAN/ GRED JAWATAN)… DI…(AGENSI) 1. Jawatan : ……………………………… 2. Tempoh Perkhidmatan : ................................................ 3. Gaji : ............................................. Pegawai adalah layak dipertimbangkan untuk pergerakan gaji tahunan secara biasa berdasarkan kepada Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). 4. Elaun-Elaun Dan Lain-lain Kemudahan : Pegawai akan dibayar elaun dan lain-lain kemudahan yang layak mengikut gred jawatan yang ditawarkan tertakluk kepada Ceraian UP.1.1.1 dan Ceraian UP.1.1.8. 5. Cuti Rehat : Pegawai adalah layak mendapat cuti rehat sebanyak …… setahun di dalam tempoh perkhidmatan kontrak ini. 6. Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan : Tertakluk kepada arahan Kerajaan dari semasa ke semasa, apabila pegawai atas sebab kepentingan perkhidmatan tidak dapat mengambil cuti rehatnya yang dia layak di bawah atau mengikut Kontrak ini, pegawai layak diberi wang tunai sebagai gantian. Kelayakan itu hendaklah tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam Ceraian UP.1.1.12, Ceraian UP.1.1.8 atau arahan lain Kerajaan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. 7. Tatatertib : Dalam tempoh kontrak ini pegawai adalah setiap masa tertakluk oleh Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Peraturan-Peraturan Kewangan, Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan dan Undang-Undang yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy