Pelantikan

 34 CERAIAN UP.1.1.7 PENURUNAN KUASA MELULUS KELONGGARAN SYARAT HAD UMUR MAKSIMUM BAGI PELANTIKAN SECARA KONTRAK DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai penurunan kuasa melulus kelonggaran syarat had umur maksimum kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU) bagi pelantikan secara kontrak di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). LATAR BELAKANG 2. Pada masa ini, dasar dan prosedur pelantikan secara kontrak adalah berpandukan Ceraian UP.1.1.1: Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service). Bagi IPTA, kuasa menimbang pelantikan secara kontrak telah diturunkan kepada Pihak Berkuasa Melantik (PBM) IPTA melalui Ceraian UP.1.1.3: Penurunan Kuasa Pelantikan Secara Kontrak Pesara Kerajaan Sebagai Pensyarah di IPTA dan Ceraian UP.1.1.4: Penurunan Kuasa Menimbang Pelantikan Secara Kontrak oleh IPTA. Walau bagaimanapun, kelonggaran syarat had umur maksimum pelantikan secara kontrak masih perlu mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PELAKSANAAN Penurunan Kuasa Melulus Kelonggaran Syarat Had Umur Maksimum Pelantikan Secara Kontrak 3. Kerajaan telah bersetuju supaya kuasa melulus kelonggaran syarat had umur maksimum bagi pelantikan secara kontrak diturunkan kepada LPU bagi setiap IPTA selaras dengan matlamat mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. 4. Dengan keputusan Kerajaan ini, LPU boleh menimbang dan meluluskan pelantikan secara kontrak calon yang melebihi had umur maksimum seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy