Pelantikan

 9 UP.1.1.1 Pembayaran Ganjaran Kepada Pegawai Kontrak Yang Menamatkan Perkhidmatan 10. Pembayaran ganjaran boleh dipertimbangkan kepada pegawai kontrak yang menamatkan kontrak kerana mendapat tawaran pelantikan dalam perkhidmatan awam termasuk mengikuti kursus pra perkhidmatan tertakluk pegawai telah memberi perkhidmatan yang memuaskan. PELAKSANAAN 11. Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan semua urusan pelantikan secara kontrak berpandukan dasar, peraturan dan prosedur yang dilampirkan bersekali dengan Ceraian ini dalam Lampiran UP.1.1.1. 12. Dasar, peraturan dan prosedur pelantikan pegawai kontrak mengikut Ceraian ini adalah terpakai bagi pelantikan kontrak perkhidmatan (contract of service) sahaja. Bagi pelantikan kontrak untuk perkhidmatan (contract for service), Ketua Jabatan hendaklah merujuk kepada Perbendaharaan Malaysia (yang pada masa ini diuruskan oleh Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan). KEKECUALIAN 13. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian ini hendaklah mendapatkan pertimbangan dan kelulusan KPPA. Ceraian ini juga tidak membatalkan penurunan kuasa pelantikan kontrak yang khusus dikeluarkan bagi skimskim perkhidmatan tertentu melalui Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling Perkhidmatan/ surat edaran berkaitan. Ceraian ini juga tidak menghalang penurunan kuasa pelantikan kontrak bagi skim-skim perkhidmatan yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. PEMANTAUAN 14. Ketua Jabatan hendaklah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam Ceraian ini dan peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa. JPA pada bila-bila masa akan membuat naziran ke mana-mana agensi bagi menentukan pelantikan yang dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy