Pelantikan

 1-64 BAHAGIAN VI ELAUN DAN KEMUDAHAN Prinsip 52. Seseorang pegawai layak diberi elaun dan kemudahan tertentu yang dinyatakan dalam Lampiran L. Pemberian elaun dan kemudahan hendaklah mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Pegawai juga layak diberi elaun dan kemudahan baru yang dipanjangkan kepada pegawai kontrak mengikut peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. Elaun 53. Pegawai boleh dipertimbangkan pembayaran elaun mengikut kadar dan syarat tertentu berdasarkan kepada skim perkhidmatan dan gred jawatan yang disandang kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Pekeliling Perkhidmatan Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Ceraian yang berkaitan. Kemudahan 54. Pegawai kontrak boleh dipertimbangkan kemudahan seperti berikut: 54.1 Cuti Rehat Pegawai layak diberi cuti rehat mengikut kelayakan pegawai tetap yang setaraf yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun. Bagi tempoh kontrak yang kurang daripada setahun, kelayakan cuti ialah sebanyak cuti bagi tempoh perkhidmatan yang melayakkan itu sahaja, dikira ke setengah hari yang berhampiran. Baki cuti yang tidak diambil akan luput apabila sesuatu tempoh kontrak pegawai yang berkuat kuasa tamat. (Dibatalkan oleh Ceraian UP.1.1.12)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy