Pelantikan
73 Tempoh Sah Laku Tawaran Pelantikan Kontrak 31. Tempoh sah laku sesuatu tawaran pelantikan kali pertama dan pelantikan semula bagi calon warganegara (termasuk pesara) ialah satu (1) bulan, manakala bagi calon bukan warganegara enam (6) bulan dari tarikh surat tawaran pelantikan. 32. Calon dikehendaki melaporkan diri bertugas dalam tempoh sah laku tawaran. Jika calon tidak dapat berbuat demikian, mereka hendaklah memberitahu PBM atau Ketua Jabatan tempat mereka sepatutnya melaporkan diri bertugas dengan menyatakan alasannya supaya tempoh sah laku yang baru dapat dipertimbangkan. Tawaran pelantikan akan terbatal dengan sendirinya jika calon gagal melaporkan diri bertugas dalam tempoh yang ditetapkan. Tarikh Kuat Kuasa Pelantikan 33. Tarikh kuat kuasa pelantikan kontrak ialah tarikh calon melaporkan diri bertugas selepas mereka menerima surat tawaran pelantikan, kecuali ditetapkan sebaliknya oleh PBM. Ketua Jabatan tempat calon melaporkan diri bertugas hendaklah memaklumkan kepada KSU Kementerian atau Ketua Perkhidmatan atau JPA mengenai tarikh calon melaporkan diri bertugas dengan menggunakan borang di Lampiran J . Pelantikan Semula 34. Perkhidmatan seseorang pegawai yang telah atau akan tamat, jika masih diperlukan, boleh disambung melalui proses pelantikan semula. Pegawai yang diluluskan pelantikan semula akan ditawarkan satu perjanjian kontrak yang baru dan berasingan daripada perjanjian kontrak sebelumnya. Syarat kontrak yang baru, walaupun sama dengan syarat kontrak sebelumnya, adalah merupakan dua perjanjian kontrak yang berasingan dan tidak berkaitan antara satu sama lain. Kelonggaran syarat skim perkhidmatan yang berkaitan dengan kelayakan masuk yang telah diluluskan sebelumnya adalah terpakai bagi tujuan pelantikan semula ke skim perkhidmatan dan gred jawatan yang sama.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy