Pelantikan

 14 UP.1.1.2 8. Setiap permohonan mestilah diiringi dengan satu huraian perancangan tenaga manusia yang bertujuan untuk diambil alih oleh calon-calon tetap warganegara di akhir tempoh kontrak. 9. Mereka yang akan diambil tidak boleh mengisi jawatan-jawatan kenaikan pangkat. 10. Pegawai-pegawai tidak boleh mendapat kemudahan-kemudahan yang lain selain daripada apa yang dinyatakan dalam syarat-syarat perjanjian kontrak. 11. Lantikan secara sementara hanyalah dibenarkan kepada doktor-doktor yang telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan melalui perwakilan kuasa yang diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bagi maksud ini Kementerian yang berkenaan hendaklah mengemukakan sebab-sebab yang kukuh berserta dengan perangkaan yang berkaitan kepada Suruhanjaya bagi jawatan-jawatan yang termasuk di bawah bidang kuasanya. PEMBATALAN 12. Dengan berkuat kuasa Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1985: Peraturan-Peraturan Pengambilan Bukan Warganegara Untuk Berkhidmat Dalam Perkhidmatan Awam Secara Kontrak Atau Sementara adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 13. Ceraian ini adalah juga meliputi semua pengambilan secara kontrak bukan warganegara oleh Pentadbiran-pentadbiran Negeri, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy