Pelantikan

 1-3 PANDUAN PENGAMBILAN PEGAWAI LANTIKAN KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) UNTUK TUJUAN PELANTIKAN SECARA TETAP TUJUAN 1. Panduan ini bertujuan menjelaskan kaedah pelaksanaan pengambilan secara tetap pegawai lantikan kontrak perkhidmatan (Contract of Service) yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah memutuskan bahawa pegawai lantikan secara kontrak perkhidmatan (Contract of Service) yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun boleh dilantik secara tetap mulai 1 Julai 2016 tertakluk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Keputusan ini adalah atas dasar keprihatinan Kerajaan terhadap sumbangan dan khidmat bakti pegawai kepada negara. PENGAMBILAN SECARA TETAP PEGAWAI KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) Pegawai Kontrak Yang Layak Dilantik Tetap 3. Pelantikan secara tetap yang diputuskan oleh Kerajaan dalam Bajet 2016 adalah melibatkan pegawai lantikan secara kontrak perkhidmatan (Contract of Service). Pelantikan kontrak yang dimaksudkan merujuk kepada pelantikan kontrak yang memenuhi syarat-syarat dalam Ceraian UP.1.1.1: Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service) atau mana-mana peraturan pelantikan pegawai kontrak yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa sebelum pelaksanaan Ceraian UP.1.1.1. 4. Pelantikan pegawai kontrak perkhidmatan yang tidak memenuhi syarat-syarat Ceraian UP.1.1.1 perlu dirujuk dan mendapatkan pengesahan serta perakuan Jabatan Perkhidmatan Awam. 5. Pelantikan secara tetap boleh dipertimbangkan kepada pegawai kontrak dalam kalangan warganegara yang telah dilantik secara kontrak sebelum atau pada 23 Oktober 2015 (tarikh pengumuman Bajet 2016).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy