Pelantikan

 1-69 (b) kemudahan ini diberi kepada pegawai, suami/ isteri dan tiga (3) orang anak mereka yang berusia 18 tahun dan ke bawah pada tarikh kemudahan ini diberikan. Jika pegawai dan isteri/ suami kedua-duanya berkhidmat secara kontrak dengan agensi awam di negara ini, maka kemudahan ini layak dinikmati oleh salah seorang daripada mereka sahaja; (c) layak menuntut tambang perjalanan sebenar tertakluk kepada maksimum tambang penerbangan kelas ekonomi mengikut perjalanan yang paling dekat antara negara domisil dengan Kuala Lumpur; dan (d) pegawai telah menamatkan kontrak dan pegawai serta keluarga telah meninggalkan Malaysia untuk kembali ke negara domisil dan menerima tawaran untuk berkhidmat semula secara kontrak di Malaysia selepas enam (6) bulan dari tarikh pegawai kembali ke negara domisil. 54.10 Tempoh keseluruhan kontrak bagi tujuan menimbangkan kemudahan kepada pegawai kontrak adalah tempoh perkhidmatan seseorang pegawai yang terdiri daripada satu atau beberapa tempoh kontrak, sama ada dengan agensi yang sama atau berlainan, yang telah berakhir kerana kontrak pegawai tamat sama ada disebabkan oleh peletakan jawatan, telah tamat tempoh atau ditamatkan kontrak. Jika tempoh kontrak pegawai terputus, tempoh yang terputus itu hendaklah tidak melebihi enam (6) bulan. Senarai Elaun dan Kemudahan 55. Sebagai panduan bagi memberi elaun dan kemudahan kepada pegawai lantikan kontrak, PBM boleh menggunakan senarai elaun dan kemudahan seperti contoh di Lampiran L untuk dimasukkan ke dalam Jadual kepada perjanjian kontrak. 56. PBM hendaklah memastikan pegawai hanya ditawarkan elaun dan kemudahan yang layak sahaja di dalam perjanjian kontrak pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy