Pelantikan

 35 UP.1.1.7 (i) 58 tahun bagi bukan pesara (warganegara dan bukan warganegara); (ii) 60 tahun bagi pesara; dan (iii) 65 tahun bagi skim perkhidmatan Pensyarah Universiti, Pensyarah UiTM, Pensyarah Perubatan, Pensyarah Pergigian, Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Penolong Pegawai Perubatan. 5. Bagi melaksanakan keputusan Kerajaan ini, LPU hendaklah mematuhi semua dasar, prinsip dan syarat-syarat pelantikan kontrak yang ditetapkan dalam Ceraian UP.1.1.1, Ceraian UP.1.1.3, Ceraian UP.1.1.4 dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. LPU juga dalam menimbang kelonggaran syarat had umur maksimum bagi pelantikan secara kontrak di IPTA hendaklah mengambil kira asas-asas berikut: (i) Keperluan perkhidmatan yang mendesak bagi bidang-bidang kritikal yang ditentukan oleh IPTA; (ii) kepakaran dan kemahiran calon yang sukar diperoleh walaupun pelan penggantian telah dilaksanakan; (iii) calon mempunyai prestasi kerja di tahap baik dan disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar; dan (iv) pelantikan kontrak tidak menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai yang sedang berkhidmat secara tetap. 6. Pertimbangan dan kelulusan kelonggaran syarat had umur maksimum hendaklah dilaksanakan oleh LPU sahaja dan tidak boleh diwakilkan kuasa kepada mana-mana pihak atau pegawai. 7. Penurunan kuasa ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sekiranya terdapat ketidakpatuhan kepada peraturan yang ditetapkan atau apa-apa sebab lain yang diputuskan oleh Kerajaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy